Akan ada latihan pengundi BN untuk mengundi PH dalam dua PRK: Zahid

August 27, 2023 · Politik

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata penjelasan secara proaktif dibuat, bagi menerangkan keperluan ahli parti mengundi calon Pakatan Harapan (PH) pada dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Johor, 9 Sept ini.

Antara penjelasan yang akan dilakukan oleh UMNO-BN di dua PRK adalah cara untuk pengundi tegar mereka mengundi calon PH.

Beliau berkata keperluan mengundi calon PH pada PRK itu berdasarkan kerjasama BN-PH, dan penjelasan dimulakan sejak sebelum hari penamaan calon, manakala tindakan susulan akan dilakukan Pengerusi UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, lapor Bernama.

“Saya yakin dengan bantuan kepimpinan bahagian di seluruh Johor untuk menjelaskan perkara ini (keperluan mengundi calon PH). Pengundi kita juga tidak harus keliru dan Menteri Besar Johor beritahu akan ada latihan untuk hardcore pengundi BN, belajar mengundi PH.

“Ini akan dibuat di peringkat lokaliti dan pusat daerah mengundi (PDM) dan telah dimulakan semalam,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Projek Biogas Kilang Sawit Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), di Loji Biogas Ulu Keratong di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian semasa ditanya langkah BN bagi memastikan pengundi BN, khususnya warga emas, sedar mereka perlu memangkah calon PH selain tidak keliru jika tidak melihat lambang ‘dacing’ pada kertas undi, bagi memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan.

PRK bagi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diadakan ekoran kematian panyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas, semasa menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah akibat pendarahan otak.

Dua PRK itu menyaksikan calon PH bertanding mewakili Kerajaan Perpaduan iaitu Suhaizan Kayat di Parlimen Pulai dan Nazri Abdul Rahman bagi DUN Simpang Jeram, dengan kedua-dua mereka berdepan saingan tiga penjuru daripada Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata pihaknya sedang menambah baik penggunaan media sosial, selepas kurang menguasai platform tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang lepas, sedangkan ‘perang saraf’ di media sosial lebih menguasai minda dan keputusan pengundi pada masa kini.

“Ia (penggunaan media sosial oleh parti) kurang berkesan pada PRN kerana baharu dimulakan, maka pengikut daripada pempengaruh kita agak ketinggalan. Tetapi kita belajar daripada pengalaman itu, dan menambah baik penggunaan media sosial.

“Kita juga ada pendekatan lain, terutamanya daripada Wanita UMNO yang bergerak bukan lagi menggunakan kajian sikap secara konvensional, tetapi mereka telah mengubah kaedah untuk melihat corak sokongan atau sebaliknya kepada calon Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kemungkinan isu 3R iaitu kaum, agama dan raja dimainkan pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram oleh segelintir pihak bagi menarik sokongan, Ahmad Zahid optimis rakyat Johor tidak mudah untuk menerima isu tersebut.

“Sikap rakyat Johor berbeza dan saya lihat mereka sebenarnya menolak isu-isu sempit sebagaimana yang dibangkitkan pada pilihan raya di enam negeri sebelum ini,” katanya.

Berita berkaitan
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
6 jam lalu· Isu semasa
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023· Politik
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
3 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
6 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
37 minit lalu
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok