AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB

March 23, 2023 · Isu semasa

Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mengetahui sekiranya bekas Pegawai Eksekutif Astro, Rohana Rozhan telah memulangkan wang AS$10 juta yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rohana ialah bekas teman wanita kepada bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner yang terlibat dalam skandal 1MDB.

Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis di Parlimen oleh Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong)

Terdahulu, Lip Eng bertanya kepada Perdana Menteri apakah Rohana telah memulangkan wang tunai berjumlah AS$10 juta itu.

Beliau juga meminta Perdana Menteri menyatakan berapa banyak aset 1MDB yang telah dikembalikan kepada kerajaan dan berapa hutang 1MDB yang masih perlu dibayar kerajaan.

“Jabatan Peguam Negara tiada pengetahuan berkenaan perkara ini. Terima kasih,” kata Azalina bagi pihak Perdana Menteri, lapor Malaysiakini.

Februari tahun lalu, Leissner memberitahu mahkamah Amerika Syarikat (AS) bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan tiga wanita Malaysia, termasuk Rohana.

Pada satu ketika, Leissner membelanjakan AS$10 juta untuk membeli sebuah rumah di London untuk Rohana selepas wanita itu kecewa kerana dia memutuskan hubungan mereka selama 10 tahun untuk berkahwin dengan model AS, Kimora Lee Simmons pada 2013.

Dalam keterangannya Leissner berkata dia membeli rumah itu kerana Rohana mengancam untuk mendedahkan penglibatannya dalam 1MDB.

Susulan itu media tempatan melaporkan Rohana bersetuju memulangkan aset AS$10 juta itu, tetapi tiada pengesahan rasmi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang pada masa itu telah pun menemu bualnya.

Pada Mac tahun lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Rohana disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Amla) dan harta Rohana di London serta aset lain dibekukan.

Pada 13 Mac lalu, Parlimen diberitahu baki hutang 1MDB ialah sebanyak RM9.7 bilion manakala RM41.6 bilion aset 1MDB telah diperoleh semula.

Berita berkaitan
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
8 jam lalu· Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
15 jam lalu· Politik
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
18 jam lalu· Isu semasa
Peguam negara gugur 16 kes berprofil tinggi sejak 2018, kata Azalina
May 26, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
6 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
9 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
13 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok