AGC fail bantahan berhubung cabaran tangguh Undi 18

April 19, 2021 · Isu semasa

Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini memfailkan bantahan terhadap permohonan 18 anak muda yang mencabar langkah kerajaan menangguhkan pelaksanaan Undi 18 atas alasan perkara itu remeh dan pramatang.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili AGC berkata permohonan yang dibuat oleh semua individu tersebut adalah tidak wajar memandangkan belum ada sebarang tindakan diambil berhubung perkara tersebut.

Pandangan tersebut disokong Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md Arshad yang berkata undang-undang dan peraturan berkaitan perlu dipinda terlebih dahulu, sebelum pendaftaran pemilih automatik (AVR) boleh dikuatkuasakan.

“Ini kerana, dengan pindaan Perlembagaan, tidak akan ada lagi permohonan setelah AVR dikuatlkuasakan. Pemohon berhujah bahawa penguatkuasaan dan pelaksanaan Seksyen 3 (a) dan Seksyen 3 (b) Perlembagaan (Pindaan ) Akta 2019 boleh dilakukan secara berasingan.

“Namun, kami berhujah bahawa penguatkuasaan dan pelaksanaan pindaan Perlembagaan itu tidak dapat dijalankan secara berasingan dan harus dilakukan bersama-sama. Penguatkuasaan dan pelaksaan AVR adalah kesan terbalik daripada permohonan pendaftaran oleh individu yang berkelayakan,” katanya dipetik Bernama.

Terdahulu, peguam kepada 18 anak muda berkenaan, Datuk S. Ambiga berkata hari ini ditetapkan bagi mendengar permohonan untuk mengenepikan semakan kehakiman oleh anak guamnya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Bagaimanapun, peguam itu memaklumkan susulan bantahan yang dikemukakan AGC itu pihaknya memerlukan masa untuk menjawab perkara itu.

“Maka, mahkamah menangguhkan pendengaran hari ini dan menetapkan 6 Mei untuk mendengar bantahan pihak AGC dan permohonan untuk mendapatkan kebenaran untuk semakan kehakiman,” katanya.

Pada 2 April lepas, anak muda berkenaan memfailkan permohon itu bagi mendapatkan beberapa perintah mahkamah susulan tindakan responden menangguhkan pelaksanaan Undi-18, iaitu suatu inisiatif untuk menurunkan had usia mengundi warganegara kepada 18 tahun dan bagi membolehkan AVR dilakukan.

Berita berkaitan
Pengundi muda perlu celik tanggungjawab mengundi, PRN penentu hala tuju negara
August 8, 2023· Politik
Peguam negara gugur 16 kes berprofil tinggi sejak 2018, kata Azalina
May 26, 2023· Isu semasa
KDN haramkan ‘Gay is Okay! A Christian Perspective’ sejajar undang-undang
May 18, 2023· Isu semasa
Peguam pro-PH bidas Zahid arahkan Azalina bongkar buku Tommy Thomas
January 14, 2023· Politik
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok