KDN haramkan ‘Gay is Okay! A Christian Perspective’ sejajar undang-undang

May 18, 2023 · Isu semasa

Jabatan Peguam Negara menegaskan pengharaman buku ‘Gay is Okay! A Christian Perspective‘ oleh Menteri Dalam Negeri tiga tahun lalu, dibuat sejajar peruntukan undang-undang dan sah, rasional serta melalui prosedur yang betul, lapor BH.

Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly dalam hujahnya berkata hakim mahkamah tinggi terkhilaf dalam penemuannya apabila membenarkan semakan kehakiman penerbit dan penulis buku terbabit yang mencabar perintah larangan oleh Menteri Dalam Negeri.

Katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia sudah meneliti kandungan buku itu dan memetik sebahagian petikannya yang menunjukkan ia berkemungkinan bersifat prejudis kepada ketenteraman awam, kepentingan awam dan moral.

Beliau berkata, hakikatnya homoseksualiti dianggap tidak bermoral dan tidak diterima oleh masyarakat umum di negara ini.

“Maklum balas masyarakat setiap kali isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) timbul, mereka akan membantah dan menggesa kerajaan mengambil tindakan, malah bantahan dibuat sehingga mengadakan perhimpunan secara besar-besaran.

“Cara hidup homoseksual adalah dilarang semua agama termasuk Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. Hakikat ini dicerminkan melalui penolakan terhadap homoseksualiti oleh masyarakat umum yang juga masyarakat berbilang agama di negara ini.

“Juga melalui pengiktirafan undang-undang iaitu undang-undang yang digubal antara lainnya berkaitan persetubuhan bertentangan dengan aturan fitrah dalam peruntukan Kanun Keseksaan,” katanya.

Ahmad Hanir berkata demikian dalam rayuan KDN dan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 22 Februari tahun lalu yang membenarkan permohonan semakan kehakiman difailkan penulis buku terbabit, Ngeo Boon Lin dan penerbitnya, Chong Ton Sin.

Perintah larangan ke atas buku itu dikeluarkan Menteri Dalam Negeri pada 27 November 2020 mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dengan alasan kandungannya yang mungkin memudaratkan ketenteraman, moral dan kepentingan awam.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin dalam penghakimannya pada 22 Februari tahun lalu berkata mahkamah mendapati tiada bukti dan asas fakta undang-undang terhadap justifikasi menteri yang menjadi asas dalam perintah larangan itu.

Beliau berkata, mesti diingat bahawa kandungan buku berkenaan adalah berkaitan homoseksual daripada sudut perspektif agama Kristian.

Katanya, selepas membaca keseluruhan buku terbabit dan memahaminya dari sudut objektif, mahkamah berpendapat selain kompilasi artikel yang ditulis oleh pemohon kedua (Boon Lin) yang disiarkan dalam portal Malaysiakini sejak 2010 dan 2011, ia adalah daripada pandangan pengarang mengikut perspektif agama Kristian berhubung homoseksual.

Katanya, buku itu sepatutnya terhad kepada agama itu walaupun mungkin terdapat beberapa persepsi subjektif mengenai kandungan, penilaian dan nilainya.

Menurut hakim itu, selepas lebih tujuh tahun penerbitannya, responden (Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia) gagal menunjukkan bukti bahawa benar-benar berlaku prejudis terhadap ketenteraman awam.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk M Gunalan dan Datuk Wong Kian Kheong menetapkan 25 Mei ini bagi pengurusan kes untuk menetapkan tarikh keputusan.

Berita berkaitan
Kalimah Allah: Agong titah kerajaan harmonikan keadaan
June 5, 2023· Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
June 2, 2023· Isu semasa
Kita tak bercadang untuk ulas lanjut, kata Saifuddin berhubung isu lokasi Jho Low
May 31, 2023· Politik
Pengeluar jam nafi dakwaan jam dirampas ada tulisan LGBT
May 30, 2023· Isu semasa
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
1 jam lalu · Isu semasa
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
16 jam lalu · Isu semasa
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
16 jam lalu · Isu semasa
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
17 jam lalu · Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok