Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor

July 3, 2022 · Isu semasa

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari tidak menafikan adanya cadangan untuk merobohkan Stadium Shah Alam.

Bagaimanapun, Amirudin berkata pihaknya akan menjelaskan secara terperinci mengenai cadangan pembangunan terbaharu stadium tersebut pada 16 Julai ini, lapor Bernama.

“Ia (meruntuhkan stadium) merupakan satu pilihan sejak dari awal lagi.

“Kita akan jelaskan kemungkinan pada 16 Julai bersempena hari pembukaan Stadium Shah Alam, sekarang masih pramatang tidak elok untuk saya huraikan sebab ia melibatkan perbincangan dengan banyak pihak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Utama Kuala Selangor semalam.

Beliau berkata stadium itu mempunyai pelbagai masalah antaranya bumbung, sistem perpaipan dan padang.

“Sebenarnya pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) beri status kurang selamat (kepada Stadium Shah Alam) kerana bumbung stadium yang terbang… Jadi kita bincang dengan FAM bagaimana nak buat, jika kita baiki dengan segera, kita hanya betulkan bumbung tetapi yang lain akan kekal masalah. Kita tidak mahu ia seperti itu,” katanya.

Amirudin berkata cadangan pembangunan stadium itu akan mengambil masa sekurang-kurang dua tahun selain dijangka siap seiring dengan pembinaan Aliran Transit Ringan (LRT) 3 dijajaran berdekatan.

“Sudah pasti kita tidak mahu ketinggalan dari sudut teknologi, kalau kita mahu buat, kita buat bagi sempurna selain, cadangan pembangunan ini telah dinilai oleh kumpulan profesional secara teknikal,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok