96.8 peratus individu dewasa, 85.9 peratus remaja lengkap divaksinasi

November 29, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 96.8 peratus atau 22,659,382 populasi dewasa Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan mulai 24 Februari lalu hingga semalam, daripada 47.7 juta dos diberikan kepada golongan itu.

Seramai 23,006,300 atau 98.3 peratus lagi individu dewasa menerima satu dos daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal, dalam tempoh itu.

Sementara sejak 13 Oktober lalu hingga semalam, seramai 2,232,838 penerima yang layak, khususnya warga emas berusia 60 tahun ke atas dan petugas barisan hadapan telah menerima dos penggalak.

Sementara itu, sejak 8 September hingga semalam seramai 5,520,913 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima suntikan vaksin Covid-19 masing-masing.

Daripada jumlah itu, 2,702,748 atau 85.9 peratus daripada remaja berkenaan melengkapkan suntikan masing-masing.

Manakala, 89.6 peratus atau 2,818,165 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos. Sebanyak 10.4 peratus remaja lagi tiada vaksinasi, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Keseluruhannya lebih 53.2 juta dos vaksin telah diberikan sehingga semalam, dengan 77.7 peratus atau 25,362,130 individu telah melengkapkan suntikan vaksinasi masing-masing.

Seramai 25,824,465 atau 79.1 peratus lagi individu menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 20.9 peratus lagi tiada vaksinasi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok