91.5 peratus individu dewasa, 22.8 peratus remaja lengkap divaksin

October 17, 2021 · Isu semasa

Jumlah individu dewasa yang lengkap divaksin sehingga semalam mencecah 91.5 peratus atau melibatkan 21,430,294 individu, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman sesawang COVIDNOW hari ini.

Sebanyak 95.1 peratus atau 22,265,430 lagi individu dewasa menerima sekurang-kurangnya dos pertama daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Sehingga semalam juga seramai 18,766 individu yang layak telah menerima suntikan dos penggalak.

Keseluruhannya, hampir 43.6 juta dos vaksin telah diberikan kepada golongan dewasa sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lalu, dengan semalam sahaja seramai 30,492 individu melengkapkan vaksinasi masing-masing, dan 4,796 lagi menerima sekurang-kurangnya dos pertama.

Sementara itu, bagi PICK Remaja pula, sehingga semalam sebanyak 22.8 peratus atau 716,332 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin.

Sebanyak, 77.9 peratus atau 2,450,352 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya dos pertama daripada vaksin dua dos. Semalam sahaja seramai 79,253 remaja telah lengkap divaksinasi, dan 10,625 lagi menerima suntikan pertama.

KKM melaporkan sehingga semalam lebih 3.16 juta dos vaksin Covid-19 diberikan kepada remaja. Sebanyak 22.1 peratus lagi remaja belum divaksin.

Secara keseluruhan, sebanyak 46,761,751 dos vaksin diberikan kepada semua penerima yang layak. Daripada jumlah itu, 67.8 peratus atau 22,146,626 populasi Malaysia lengkap divaksinasi, dan 75.7 peratus atau 24,715,782 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam sahaja sebanyak 128,347 dos vaksin diberikan dengan 109,745 melengkapkan vaksinasi, 15,421 menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 3,181 lagi menerima dos penggalak.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok