82,846 kes HFMD direkodkan KKM setakat 4 Jun

June 7, 2022 · Isu semasa

Sejumlah 82,846 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan hingga hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 22/2022 (4 Jun) yang menyaksikan peningkatan sebanyak 32 kali ganda berbanding 2,485 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jika dibandingkan jumlah kes sebanyak 30,489 bagi tempoh sama pada 2019 iaitu sebelum pandemik Covid-19, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 1.7 kali ganda, lapor Bernama.

Beliau berkata kes yang dilaporkan di seluruh negara bagi ME 22/2022 adalah 16,954 kes, menurun 9.3 peratus berbanding 18,688 pada ME 21/2022.

Dr Noor Hisham berkata hingga 4 Jun, Selangor menyumbang jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 23,305 kes (28.13 peratus), diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya 9,540 kes (11.52 peratus), Perak 8,032 kes (9.7 peratus), Kelantan 5,782 kes (6.98 peratus) dan Johor 5,234 kes (6.32 peratus).

“Kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah iaitu sebanyak 74,841 kes (90 peratus), diikuti kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun dengan 6,520 kes (lapan peratus) manakala selebihnya berumur lebih 12 tahun iaitu 1,485 kes (dua peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata berdasarkan survelan jenis virus (enterovirus) penyebab HFMD di Malaysia, tiga virus utama yang menyebabkan penularan HFMD dalam komuniti pada tahun ini adalah Enterovirus 71 (EV71), Coksackie A6 (CA6) dan Coxsackie A16 (CA16).

Beliau berkata sehingga kini, terdapat tiga kes HFMD yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan kes pertama dan kedua dimasukkan kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis) dan masih di bawah pemantauan rapi di ICU manakala kes ketiga telah sihat dan dibenarkan pulang pada 31 Mei lepas.

Sehingga kini, sebanyak 1,746 wabak dilaporkan di Malaysia dengan tiga negeri tertinggi mencatatkan kejadian wabak ialah Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu 562 wabak (32.2 peratus), diikuti Selangor 208 wabak (11.9 peratus) dan Sarawak 206 wabak (11.8 peratus).

“Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di taska, tabika, tadika dan prasekolah iaitu 1,059 wabak (61 peratus) diikuti oleh rumah persendirian dengan 605 wabak (35 peratus) dan juga pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 56 wabak (tiga peratus),” katanya.

Wabak dikira apabila terdapat dua atau lebih kes dalam satu lokaliti dan kes mempunyai kaitan epidemiologi serta berlaku dalam tempoh inkubasi penyakit HFMD.

Menurut Dr Noor Hisham setakat 4 Jun, sebanyak 1,346 premis taska/tadika/tabika/prasekolah telah ditutup meliputi 305 premis yang ditutup secara sukarela dan 1,041 premis ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sementara itu, beliau menyeru ketua jabatan dalam perkhidmatan awam untuk mengambil berat berkenaan kemudahan cuti menjaga anak yang dijangkiti HFMD dan mengambil tanggungjawab dalam membantu kerajaan menangani penularan kes itu.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok