48.0 peratus kanak-kanak telah terima dos pertama vaksin Covid

May 28, 2022 · Isu semasa

Tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan berakhir pada 31 Mei ini, namun jumlah mereka yang berusia lima hingga 11 tahun yang menerima suntikan vaksin masih rendah.

Sejak dilancarkan pada 3 Februari lalu hingga semalam, sebanyak 2,854,428 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada golongan berkenaan.

Daripada jumlah itu, seramai 1,152,515 atau 32.5 peratus telah lengkap menerima dua dos, manakala 1,701,913 atau 48.0 peratus lagi menerima dos pertama, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Semalam sahaja, seramai 8,273 kanak-kanak telah menerima suntikan dos kedua, sementara 7,942 lagi menerima dos pertama.

Selepas 31 Mei, kanak-kanak yang telah berusia lima tahun hingga bawah 12 tahun tidak lagi diberikan vaksin Covid-19 secara percuma di bawah PICKids. Mereka perlu mendapatkan vaksin itu yang ditawarkan secara berbayar di klinik swasta.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan Covid-19.

Vaksinasi akan diberikan kepada mereka secara walk-in di Klinik Kesihatan dalam tempoh enam minggu selepas sembuh atau selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2022.

Sementara itu, sebanyak 97.6 peratus atau 22,974,021 individu dewasa telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, sementara 23,250,491 atau 98.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Seramai 16,091,882 atau 68.4 peratus individu dewasa juga telah menerima suntikan dos penggalak.

Sejak September tahun lalu pula, seramai 2,912,165 atau 93.6 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima dua dos, sementara 3,008,698 atau 96.9 peratus menerima dos pertama.

Keseluruhannya lebih 70.87 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan sejak Februari tahun lalu kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok