4,000 bakal jemaah haji mungkin dihantar Malaysia

June 4, 2021 · Isu semasa

Malaysia mungkin akan menghantar 4,000 bakal jemaah haji ke tanah suci Mekah tahun ini dan mereka terlebih dahulu perlu di vaksin sebelum menunaikan ibadah fardu itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata senarai nama jemaah yang layak sudah dipilih Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dan akan dijangka dihantar dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah, setakat ini, pihak Tabung Haji sudah menyenaraikan 4,000 orang untuk layak menerima vaksin Covid-19 dan dijangka pergi ke Tanah Suci dalam masa terdekat,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Malaysia pada tahun lalu tidak dapat menghantar bakal jemaah haji ekoran penutupan pintu sempadan antarabangsa oleh kerajaan Arab Saudi bagi mengekang penularan kes Covid-19.

Sebaliknya, negara itu hanya membenarkan 10,000 penduduk termasuk warga asing menetap di Arab Saudi sama ada bekerja atau belajar untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima itu.

Bagaimanapun, media antarabangsa awal bulan ini melaporkan, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mungkin memberi kebenaran sebanyak 60,000 jemaah dari luar negara pada musim kali ini.

Zulkifli sebelum itu memberi bayangan kebarangkalian Tabung Haji tidak dapat menghantar 31,600 bakal jemaah pada kali ini disebabkan pelbagai syarat ketat ekoran wabak Covid-19 masih belum reda.

“Barang kali, kuota untuk setiap negara dikurangkan, cuma, saya belum lagi dapat makluman muktamad dari Arab Saudi, tetapi, insya-Allah, akan diberitahu dalam masa terdekat,” katanya.

Justeru, beliau berharap bakal jemaah sudah divaksin agar bersiap sedia kerana Arab Saudi dijangka menambah protokol kesihatan dengan pematuhan prosedur operasi standard yang ketat.

Ini termasuk hanya membenarkan jemaah cukup sihat dalam usia antara 18 hingga 60 tahun selain telah menerima imunisasi sama ada vaksin jenis Pfizer atau AstraZeneca sahaja.

Berita berkaitan
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023· Isu semasa
Agong zahir penghargaan Malaysia semasa bertemu Putera Arab Saudi
July 2, 2023· Isu semasa
Hukuman berat ke atas jemaah haji tanpa permit: Arab Saudi
June 14, 2023· Dunia
Ramai jemaah Haji negara alami dehidrasi akibat cuaca panas
May 27, 2023· Isu semasa
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok