Ramai jemaah Haji negara alami dehidrasi akibat cuaca panas

May 27, 2023 · Isu semasa

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman mengesahkan terdapat jemaah haji negara yang mengalami dehidrasi akibat cuaca panas di Arab Saudi.

Tanpa mendedahkan jumlah jemaah terlibat, beliau berkata ia merupakan kes terpencil dan tidak serius, menurut laporan Bernama.

“Mereka menghadapi dehidrasi bukan sehingga ke tahap strok haba, jadi apabila mereka balik ke hotel masing-masing dan ke klinik yang tersedia di setiap hotel (penginapan jemaah haji) di Madinah, mereka telah mendapatkan rawatan serta dinasihatkan untuk berehat.

“Selepas itu, dalam tempoh beberapa jam sahaja mereka telah pulih dan dapat melaksanakan ibadat serta aktiviti harian seperti biasa,” katanya kepada pemberita di sini.

Justeru, beliau menasihatkan jemaah haji yang berada di Makkah dan Madinah menjaga kesihatan supaya tidak terdedah dengan cuaca panas yang mencecah hingga 40 darjah Celsius.

Terdahulu, Syed Saleh menyambut ketibaan kumpulan pertama 284 jemaah haji Malaysia yang memasuki Makkah pada 3.30 petang semalam waktu tempatan, selepas berada enam hari di Madinah.

Turut hadir Pengerusi Mashariq, syarikat muassasah yang bekerjasama dengan Tabung Haji (TH) dalam mengendalikan jemaah bagi musim haji kali ini, Adnan Hussain Mandourah.

Dalam pada itu, Syed Saleh berkata susulan pergerakan darat antara bandar melibatkan jemaah haji telah bermula, Tabung Haji (TH) mengaktifkan pasukan peronda lebuh raya yang akan memantau pergerakan bas serta memberikan perkhidmatan di kawasan rehat dan rawat (R&R).

“Pasukan kesihatan kita juga bersedia dengan ambulans untuk membantu para jemaah haji yang memerlukan bantuan rawatan sepanjang perjalanan di lebuh raya antara Madinah dan Makkah,” katanya.

Sementara itu, kumpulan pertama jemaah haji berkenaan menunaikan umrah kira-kira 9.30 malam pada Jumaat dengan dibimbing Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (Pihtas).

Berita berkaitan
Agong zahir penghargaan Malaysia semasa bertemu Putera Arab Saudi
July 2, 2023· Isu semasa
Hukuman berat ke atas jemaah haji tanpa permit: Arab Saudi
June 14, 2023· Dunia
Kerajaan Arab Saudi belum balas permohonan Malaysia tambah kuota haji: TH
May 15, 2023· Isu semasa
Cuaca panas, KKM jangka kes strok haba meningkat
May 13, 2023· Isu semasa
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
16 minit lalu · Isu semasa
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
32 minit lalu · Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
13 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
13 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
10 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok