2,375 kes baharu, 11 kematian

December 2, 2022 · Isu semasa

Jumlah pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 1 Disember 2022), turun kepada 11 kes berbanding 17 yang dilaporkan pada Rabu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Data KKM yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan daripada jumlah itu dua kematian dilaporkan berlaku di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Tiga daripada pesakit yang meninggal dunia itu dilaporkan di Melaka dan dua di Perak, manakala masing-masing satu di Kedah (BID); Kelantan; Negeri Sembilan; Pulau Pinang (BID); Selangor; dan Kuala Lumpur.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,695 kes, termasuk 7,810 kes BID.

Sementara itu, data KKM juga menunjukkan sebanyak 2,375 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, meningkat berbanding 1,737 kes yang dicatat pada Rabu.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,994,543 kes, dengan 4,933,381 pesakit telah sembuh, termasuk 2,857 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,462 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 641 kes (penerima dua dos); 264 kes (individu tidak divaksinasi); dan lapan kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW menunjukkan sehingga semalam 24,467 kes masih aktif, turun berbanding 24,960 yang dilaporkan sehingga Rabu.

Daripada jumlah itu, 22,637 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (23,018 pesakit pada Rabu); dan 1,739 pesakit dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 1,848 pada Rabu.

KKM juga memaklumkan tiada pesakit ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Seramai 91 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (94 pada Rabu), dengan 57 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (kekal seperti Rabu).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 596 (1,533,585)
  • Kuala Lumpur – 254 (463,391)
  • Sabah – 168 (404,993)
  • Johor – 43 (397,036)
  • Sarawak – 176 (320,895)
  • Kedah – 238 (316,125)
  • Pulau Pinang – 133 (304,901)
  • Kelantan – 131 (258,780)
  • Perak – 107 (237,064)
  • Negeri Sembilan – 93 (229,358)
  • Pahang – 107 (181,399)
  • Melaka – 160 (142,069)
  • Terengganu – 73 (132,133)
  • Putrajaya – 75 (31,292)
  • Labuan – 16 (22,720)
  • Perlis – 5 (18,802).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok