22 varian berbahaya dikesan dalam tempoh lapan hari

June 20, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 22 kes varian yang membimbangkan atau Variant of Concern (VOC) yang mudah merebak menerusi survelan genomik pada 11 hingga 19 Jun 2021.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 14 daripadanya adalah varian Beta (B.1.351), dan lapan lagi adalah varian Delta (B.1.617.2).

Semua kes berkenaan dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), katanya.

“Sebanyak 14 kes baharu varian Beta yang telah dilaporkan adalah masing-masing tiga kes di Selangor, Sabah, dan Terengganu, dua kes di Kedah, dan masing-masing satu kes di Perak, Johor, dan Kelantan.

“Manakala lapan kes baharu bagi varian Delta adalah masing-masing dua kes di Johor, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan, serta masing-masing satu kes di Perlis dan Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sehingga semalam jumlah kumulatif kes yang dijangkiti virus Covid-19 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 183 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 167 kes adalah VOC dan 16 kes adalah VOI,” katanya.

Beliau berkata, 137 kes membabitkan varian Beta dengan kesemuanya adalah jangkitan tempatan, 21 varian Delta (12 kes jangkitan tempatan dan sembilan import), dan sembilan kes varian Alpha (empat jangkitan tempatan dan lima import).

VOI yang dilaporkan pula membabitkan 12 kes varian Theta dengan semuanya jangkitan tempatan, tiga kes varian Eta (import) dan satu kes varian Kappa (import).

VOC membabitkan varian Alpha, Beta, Gamma dan Delta yang bermutasi daripada virus awal Covid-19, dan dianggap paling berbahaya setakat ini kerana boleh menular dengan cepat.

Varian Alpha mula dikesan di United Kingdom (UK), Beta (Afrika Selatan), Gamma (Brazil), dan Delta (India).

Sementara VOI pula adalah varian yang banyak tersebar di kalangan komuniti dan dikesan di beberapa negara.

Ia membabitkan varian Epsilon mula-mula dikesan di Amerika Syarikat (AS), Zeta (Brazil), Eta (beberapa negara), Theta (Filipina), Iota (AS), Kappa (India), dan Lambda (peru).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok