2.64 juta pekerja dapat manfaat upah bawah PRIHATIN, PENJANA

October 15, 2021 · Isu semasa

Seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat daripada Program Subsidi Upah (PSU) di bawah PRIHATIN dan PENJANA dengan permohonan yang diluluskan telahpun mencapai nilai RM12.945 bilion, setakat 1 Okt, 2021.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata di bawah Pakej Kita PRIHATIN pula, bantuan subsidi upah dilanjutkan untuk tiga bulan tambahan bagi majikan sedia ada yang menerima PSU manakala bantuan PSU selama enam bulan diberikan kepada semua permohonan antara 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020.

“Setakat 1 Oktober 2021, sejumlah RM1.395 bilion telah disalurkan kepada 80,839 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 712,408 pekerja,” katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-72 yang dikeluarkan hari ini.

Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) diperkenalkan ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

Tengku Zafrul berkata Skim Pembiayaan Mudah Jaya PENJANA Institut Pengajian Tinggi Swasta (SPiM PENJANA IPTS) oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) pula telah menerima sejumlah 55 permohonan dan daripada jumlah tersebut sebanyak RM152.3 juta telah disalurkan kepada 22 buah IPTS Bumiputera, setakat 1 Oktober.

Memetik laporan Bernama, beliau berkata, pembiayaan sektor pelancongan PENJANA pula merekodkan 701 permohonan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 340 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM67.5 juta.

Bagi sokongan penggunaan teknikal dan digital kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat di peringkat pertengahan (MTC), Tengku Zafrul berkata kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM84.2 juta kepada 13,884 perniagaan dalam bentuk geran dan pinjaman untuk langganan perkhidmatan digitalisasi setakat 1 Oktober.

Beliau berkata, kerajaan juga telah menyalurkan sebanyak RM105.94 juta kepada 38,870 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam bentuk geran padanan bagi membantu PKS untuk mengguna pakai perkhidmatan pendigitalan dalam operasi perniagaan.

Menurutnya, kerajaan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) telah mengumumkan Program Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli dengan peruntukan berjumlah RM10 juta yang turut diagihkan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

“Setakat 1 Oktober, bakul-bakul makanan ini telah berjaya diagihkan sepenuhnya dan mencapai objektifnya untuk memanfaatkan lebih 63,000 orang asli.

“Kerajaan berharap bahawa bantuan bakul makanan ini dapat membantu masyarakat Orang Asli serba sedikit dan tidak terkecuali daripada perhatian dan bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM1.114 bilion elaun khas petugas barisan hadapan berdasarkan 2,943,908 tuntutan terdiri daripada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak Covid-19, setakat 1 Oktober.

“Elaun khas ini juga dipanjangkan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, bomba, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau berkata bagi Inisiatif Pemulihan CENDANA, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta yang dijangka memanfaatkan 3,000 penerima daripada kalangan seniman dan organisasi dalam sektor seni dan budaya Malaysia.

Penerima akan menerima saiz geran yang berbeza bergantung kepada permohonan dan program yang disasarkan.

“Setakat 1 Oktober, sebanyak RM5.70 juta telah disalurkan kepada 553 penerima,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga telah menerima banyak permintaan supaya bantuan kewangan yang diberikan kepada pusat asuhan anak-anak dan tadika pada tahun lepas dapat diperkenalkan semula.

“Kerajaan melalui pakej PEMULIH bersetuju memberi Bantuan Khas Taska berjumlah RM3,000 kepada 4,400 pengusaha taska seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta lebih 8,000 pengusaha tadika swasta seliaan Kementerian Pendidikan.

“Setakat 1 Oktober 2021, sebanyak RM3.6 juta telah disalurkan kepada 1,194 pengusaha taska.

“Kerajaan berharap agar bantuan khas ini dapat meringankan beban pengurusan taska dalam mematuhi Panduan Pencegahan Penularan Covid-19 yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok