1MDB sukar proses audit kerana polis rampas dokumen

September 7, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhadapan dengan beberapa kesukaran ketika proses audit pada tahun 2015 selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu pejabatnya dan merampas beberapa dokumen sehari sebelum laporan interim penemuan awal syarikat dana kekayaan berdaulat milik negara itu dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Perkara itu dicadangkan oleh peguam Datuk N Sivananthan kepada bekas pengarah audit Jabatan Audit Negara Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, 66, ketika pemeriksaan balas dalam perbicaraan berhubung kes meminda laporan akhir audit 1MDB melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Saksi ketujuh pendakwaan itu bersetuju dengan Sivananthan yang mewakili Arul Kanda bahawa polis turut merampas beberapa dokumen ketika serbuan pada 8 Julai 2015 itu.

PAC telah menerima laporan interim 1MDB daripada Ketua Audit Negara ketika itu Tan Sri Ambrin Buang pada 9 Julai 2015.

Sivananthan: Adakah anda sedar bahawa PDRM telah merampas beberapa dokumen daripada 1MDB pada 8 Julai 2015?

Saadatul Nafisah: Saya ada dengar berita, tapi saya tidak ingat tarikh sebenar dan dokumen apa yang dirampas.

Sivananthan: Adakah anda sedar bahawa laporan interim kepada PAC telah dibentangkan pada 9 Julai 2015?

Saadatul Nafisah: Ya, kami bentangkan. Saya tidak ingat tarikh sebenar, tapi tiga atau empat bulan selepas audit kami.

Sivananthan: Dalam keadaan itu, anda bersetuju dengan saya sekiranya saya katakan bahawa (serbuan dan rampasan) meletakkan 1MDB dalam kedudukan yang agak sukar, barang diingat PDRM telah merampas dokumen, dan oleh yang demikian mereka perlu meminta dokumen-dokumen itu balik dari pihak berkuasa bagi proses audit?

Saadatul Nafisah: Ya.

Selain itu, Sivananthan juga mencadangkan kepada saksi bahawa 57 bidang laporan audit 1MDB telah dipinda setelah Arul Kanda memberikan maklumat tambahan kepada Jabatan Audit Negara, dan Saadatul Nafisah menjawab: “Saya tidak pasti, tetapi ada perkataan-perkataan telah dipinda”.

Bernama melaporkan Sivananthan kemudian meminta saksi untuk merujuk ke eksibit dokumen intensif untuk mengesahkan bahagian yang dipinda dalam laporan audit.

Pad ketika itu hakim Mohamed Zaini Mazlan mengarahkan Sivananthan untuk memberikan lebih banyak masa kepada saksi bagi menjawab soalan kerana dia perlu membaca eksibit dokument intensif berkenaan sebelum dapat memberikan jawapan yang tepat.

Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan ke atas laporan audit akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadap beliau manakala Arul Kanda, 46, didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan bagi mengelak Ahli Parlimen Pekan itu dikenakan tindakan jenayah berhubung skandal 1MDB.

Mereka didakwa di bawah Sekayen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung pada 27 September.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok