16 kluster pendidikan dikesan semalam, majoriti pelajar positif

January 20, 2022 · Isu semasa

Enam belas daripada 20 kluster baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari semalam melibatkan kluster berkaitan pendidikan, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Menerusi kemas kini laman sesawang Covidnow pagi ini, KKM memaklumkan, daripada 16 kluster berkaitan pendidikan itu seramai 304 individu, kebanyakannya pelajar dan pelatih pusat latihan polis, disahkan positif.

Kluster berkaitan pendidikan itu dilaporkan di Johor, Kuala Lumpur, Pahang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor, Sabah, dan Kedah.

Tiga daripada kluster berkaitan pendidikan itu dikesan di Kedah melibatkan 89 individu iaitu 25 kes di daerah Kubang Pasu; 27 kes menular di tiga daerah – Yan, Pendang serta Kota Setar – dan 37 kes di Kulim.

Kelantan turut mencatat tiga kluster pendidikan yang membabitkan dua kluster di Kota Bharu dengan 20 jangkitan, dan satu kluster di Gua Musang (lapan kes).

Di Selangor, KKM melaporkan 21 individu daripada dua kluster pendidikan positif Covid-19. Dua belas kes positif adalah penularan di Sabak Bernam, Sepang serta Gombak; dan satu kluster lagi di Sabak Bernam (sembilan kes).

Pahang pula merekodkan dua kluster pendidikan yang melibatkan 27 kes di Bentong, dan 13 kes di Kuantan, manakala masing-masing satu kluster dicatat di Sandakan, Sabah (73 kes); Kota Tinggi, Johor (14 kes); Seremban, Negeri Sembilan (13 kes); Daerah Barat Daya, Pulau Pinang (12 kes); dan Kepong dan Cheras, Kuala Lumpur (tujuh kes).

Sebelum ini, sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 bermula pada 2 Januari lalu hingga 20 Mac ini bagi sekolah di negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu), sementara 3 Januari hingga 20 Mac bagi sekolah di negeri Kumpulan B.

Negeri Kumpulan B ialah Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Susulan pengesanan kluster pendidikan itu, beberapa sekolah di negeri terlibat telah ditutup sementara bagi mengelak penularan yang lebih teruk.

Sehingga kini, KKM belum menjelaskan jenis varian Covid-19 yang menjangkiti individu di dalam kluster pendidikan itu, serta punca jangkitan.

10 Januari lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi peringatan kepada semua pihak supaya mengambil serius penularan Covid-19 dalam kalangan pelajar susulan pembukaan semula sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022.

Peningkatan kluster pendidikan yang terjadi sebelum ini perlu diambil serius oleh semua pihak yang terlibat dengan aktiviti pembukaan semula persekolahan, kata Dr Noor Hisham. Berita berkaitan 

Sementara itu, empat lagi kluster baharu yang dikesan semalam melibatkan jangkitan di tempat kerja dengan satu kluster di Melaka telah menular di tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Jasin serta Alr Gajah membabitkan 54 kes positif.

Masing-masing satu kluster tempat kerja juga dikesan di Lipis, Pahang melibatkan 15 kes positif; Kulai, Johor (11 kes); dan Manjung serta Perak Tengah (11 kes).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok