Sekolah dibuka, kluster import naik, semua mesti waspada: KP Kesihatan

January 10, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan semua pihak supaya mengambil serius berhubung penularan Covid-19 dalam kalangan pelajar susulan pembukaan semula sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 yang bermula semalam dan hari ini.

Peningkatan kluster pendidikan yang terjadi pada minggu lepas perlu diambil serius oleh semua pihak yang terlibat dengan aktiviti pembukaan semula persekolahan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan hari ini beliau mengingatkan bahawa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta keselamatan dan kesihatan warga sekolah perlu diberi perhatian yang lebih agar kewujudan kluster baharu pendidikan dapat dicegah.

Sejak semalam dan hari ini, empat juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara memulakan sesi persekolahan bagi penggal ketiga, 2021/2022 melibatkan 1.2 juta pelajar daripada negeri kumpulan A yang memulakan sesi persekolahan semalam, manakala 2.8 juta pelajar membabitkan negeri kumpulan B, hari ini.

“Ini kerana ia boleh mengakibatkan jangkitan yang lebih meluas dalam kalangan pelajar, guru, pekerja di institusi pengajian, dan juga kepada keluarga mereka, seterusnya merebak pula ke komuniti.

“Selain itu, peningkatan kluster kumpulan berisiko tinggi juga agak membimbangkan kerana jangkitan Covid-19 kepada golongan tersebut akan mendedahkan mereka kepada risiko gejala yang lebih teruk sekiranya tidak divaksinasi atau status vaksinasi sudah melebihi tiga bulan.

“Oleh itu, segeralah mendaftar dan dapatkan vaksin Covid-19 atau dos penggalak sekiranya layak untuk mengurangkan risiko jangkitan yang serius sekali gus membina imuniti kelompok,” katanya.

Beliau juga menggesa semua pihak mematuhi SOP dan perkukuhkan tindakan kesihatan kendiri dengan mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform and Seek) bagi mendidik diri menjadi individu bertanggungjawab dan melindungi orang lain daripada risiko jangkitan.

Dr Noor Hisham juga mengingatkan susulan peningkatan kluster import sejak dua minggu lalu, semua individu yang diarah menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman atau rumah untuk terus mematuhi arahan tersebut, kekal dalam bilik berasingan, dan tidak bertemu dengan ahli rumah atau individu yang lain.

“Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan penularan jangkitan Covid-19 termasuk varian Omicron kepada ahli keluarga dan dalam komuniti,” katanya.

Mengenai kapasiti hospital, beliau berkata penggunaan katil biasa di hospital pada Minggu Epidemiologi 1/2022 (ME1) kekal statik dengan 28 peratus pengisian, manakala katil di PKRC mencatatkan peningkatan penggunaan sebanyak lima peratus berbanding ME 52/2021.

Selain itu, penggunaan katil unit rawatan rapi dan penggunaan alat bantuan pernafasan telah menurun sebanyak satu peratus berbanding ME 52/2021.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Serang ustaz, pelajar tahfiz: Dua lelaki ditahan, tiga masih diburu
August 12, 2022
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
August 13, 2022
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
2 jam lalu · Isu semasa
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
5 jam lalu · Isu semasa
Kementerian ambil tindakan segera insiden pelanggaran data iPay88
6 jam lalu · Isu semasa
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
6 jam lalu · Isu semasa
Jumlah pesakit sembuh semalam mengatasi jangkitan baharu Covid
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok