1,374,405 kanak-kanak lengkap dos kedua vaksin Covid-19

July 7, 2022 · Isu semasa

Seramai 5,360 kanak-kanak berusia antara lima dan di bawah 12 tahun menerima suntikan vaksin Covid-19 semalam (Rabu, 6 Julai 2022), menurut data Kementerian Kesihatan (KKM).

Daripada jumlah itu, 5,212 kanak-kanak melengkapkan dos kedua masing-masing, manakala 148 lagi menerima dos pertama.

Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dilancarkan 3 Februari lalu hingga semalam, seramai 1,374,405 atau 38.7 peratus kanak-kanak telah lengkap divaksinasi.

Seramai 1,747,705 atau 49.2 peratus lagi kanak-kanak menerima dos pertama vaksin Covid-19, menurut data laman sesawang CovidNOW KKM yang dikemas kini pagi tadi.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, 93.4 peratus atau 2,906,164 daripada mereka telah lengkap divaksinasi, manakala 96.2 peratus atau 2,993,605 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejak PICK dilancarkan pada 24 Februari tahun lalu pula, lebih 62.26 juta dos vaksin telah diberikan kepada individu dewasa berusia 18 tahun dan ke atas.

Daripada jumlah itu, 23,304,483 atau 99.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 23,027,800 atau 97.9 peratus lagi menerima dua dos.

Manakala, seramai 16,150,510 atau 68.6 peratus indigidu dewasa pula telah menerima dos penggalak.

Keseluruhannya, sebbanyak 71,289,204 dos vaksin telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing, sejak Februari tahun lalu, menurut KKM.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok