11 kluster pendidikan, 272 kes positif semalam

January 19, 2022 · Isu semasa

Sebelas daripada 17 kluster baharu Covid-19 yang dikesan di tujuh negeri semalam, melibatkan kluster berkaitan pendidikan, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Daripada kluster pendidikan itu, 272 kes, kebanyakannya pelajar yang memulakan penggal ketiga sesi pembelajaran 2021/2022, secara bersemuka, disahkan positif, menurut statistik laman sesawang Covidnow kendalian KKM yang dikemas kini tengah malam tadi.

Menurut KKM, tiga daripada kluster pendidikan itu dikesan di Kedah; masing-masing dua di Kuala Lumpur dan Pahang; dan masing-masing satu di Selangor, Johor, Sabah, dan Melaka.

Di Kedah, kluster berkaitan pendidikan dilaporkan di Pendang serta Kota Setar melibatkan 98 kes positif Covid-19; diikuti Kuala Muda (33 kes); dan Baling (39 kes).

Dua kluster pendidikan di Kuala Lumpur melibatkan Cheras sebanyak enam kes, dan Titiwangsa (lapan kes), manakala dua kluster di Pahang melibatkan daerah Pekan (tujuh kes), dan Raub (10 kes).

Kluster pendidikan di Selangor dikesan di Sabak Bernam melibatkan 43 kes; diikuti Kulai, Johor (10 kes); Ranau, Sabah (tujuh kes); dan Jasin, Melaka (11 kes).

Enam lagi kluster baharu semalam melibatkan empat berkaitan tempat kerja, dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi di di Johor Bahru membabitkan 14 kes; serta kluster keagamaan di Kluang (47 kes).

Kluster berkaitan tempat kerja pula dilaporkan di Labuan melibatkan 11 kes; diikuti Port Dickson, Negeri Sembilan (38 kes); Kuala Kangsar, Perak (12 kes); dan Kota Bharu serta Tumpat, Kelantan (lapan kes).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok