Noraini letak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi

August 6, 2021 · Isu semasa

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad akhirnya mengesahkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi selepas pelbagai spekulasi dikaitkan dengan dirinya, keputusan tersebut baharu diumumkan dalam satu kenyataan media hari ini.

Noraini berkata terikat dengan keputusan partinya yang membuat pendirian untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini seperti yang diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Namun, berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos 2021, saya sebagai Ketua Wanita UMNO, akur dengan keputusan parti dan meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa serta-merta.

“Keputusan parti akan dilaksanakan ketika Parlimen bersidang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke atas peluang yang diberikan untuk menjadi menteri dalam kerajaan PN.

“Pertamanya, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Persekutuan,” katanya lagi.

Untuk rekod, Noraini menjadi menteri kedua yang meletak jawatan selepas Ahli Parlimen Lenggong Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada 3 Ogos lalu.

Beliau turut memberikan alasan sama akur dengan keputusan parti yang dibuat menerusi Majlis Tertinggi UMNO seperti diumumkan Presiden UMNO.

Noraini sebelum ini terlibat dalam kontroversi program bersama DAP dan UMNO di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Mei lalu.

Ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming tampil membuat penjelasan program di UKM itu sememangnya dirancang bersama dengan Noraini dan bukan beliau yang meminta untuk turut serta seperti didakwa Ketua Wanita UMNO tersebut.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
5 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
5 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok