NGO lapor polis himpunan haram baju hitam, bimbang muncul kluster baharu

August 2, 2021 · Isu semasa

Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap perhimpunan baju hitam pada Sabtu di ibu negara, sambil mendesak tindakan tegas diambil terhadap penganjur yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Peguam bela dan peguam cara yang mewakili NGO berkenaan Kamarudin Ahmad membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Beliau berkata pihak berkuasa perlu mengenakan tindakan tegas tanpa sebarang kompromi terhadap penganjur demonstrasi berkenaan kerana berkumpul dan tidak mematuhi penjarakan fizikal.

“Kehadiran begitu ramai peserta bakal mewujudkan risiko kluster perhimpunan,” katanya kepada media selepas membuat laporan itu.

Lima NGO berkenaan adalah Persatuan Anak Melayu Johor; Gabungan NGO 1Malaysia; Pertubuhan Sosial dan Minda Prihatin; Dewan Perundingan NGO; dan Pertubuhan Salam Budi.

Kamarudin berkata NGO berkenaan juga kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang berdiam diri berhubung tindakan peserta demonstrasi yang melanggar PKP.

“Pada saat negara dilanda Covid-19 dan kerajaan sedang memerangi wabak tersebut perhimpunan #Lawan mengancam ketenteraman awam. Kami mohon pihak polis ambil tindakan tegas ke atas pihak penganjur perhimpunan #Lawan dan pastikan tidak berulang lagi sebarang perhimpunan yang melanggar PKP,” katanya.

Bagaimanapun ketika wartawan hendak mengemukakan soalan kepadanya, sidang media itu diganggu oleh individu yang dipercayai mewakili kumpulan baju hitam apabila membangkitkan isu perhimpunan oleh pemimpin kerajaan.

Kamarudin bagaimanapun ketika menjawab soalan wartawan berkata orang ramai sangat bimbang dengan perhimpunan itu yang boleh mencetuskan peningkatan jumlah kes jangkitan Covid-19.

“Sebab itu kita sebagai orang awam dan NGO tidak mahu perkara sedemikian (demonstrasi) berterusan. Janganlah jika tidak ada tindakan daripada pihak polis akan wujud lagi kumpulan yang akan membuat perhimpunan. Sampai bila kita nak kena kurung? Kita akan terus kena kurung selagi angka Covid-19 tidak turun,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, perarakan #Lawan itu jika tidak mempunyai permit dan kebenaran polis ianya sama seperti perhimpunan haram dan melanggar Akta Perhimpunan Aman.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
AUKU masih relevan dan sangat penting, kata Menteri UMNO
March 9, 2023
39 pelajar SMK Agama Tun Said, keluarga guru positif Covid-19
February 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
13 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
14 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok