46.7% populasi dewasa sudah terima dos pertama vaksin Covid-19: PM

July 23, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata 46.7 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

“Seramai 21.8% pula telah mendapat dos yang penuh,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasmi beliau hari ini, ketika mengulas jumlah pemberian vaksin tertinggi dicatatkan negara semalam.

Jumlah pemberian vaksin Covid-19 semalam mencatat rekod tertinggi apabila 507,050 dos suntikan diberikan kepada penerima di seluruh negara sejak program vaksinasi peringkat kebangsaan dilancarkan Februari lalu.

Daripada jumlah itu sebanyak 335,977 dos membabitkan penerima pertama, manakala 171,073 lagi penerima melengkapkan dos kedua masing-masing.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata sejak 12 Julai 2021, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjaya merekodkan pemberian dos harian sebanyak lebih 400,000 suntikan hampir setiap hari.

“Alhamdulillah semalam, kita telah berjaya mencapai kadar vaksinasi harian tertinggi setakat ini iaitu 507,050 dos. Ini menjadikan jumlah individu yang telah menerima dos pertama sehingga semalam ialah 10,920,862 dan sejumlah 5,104,054 individu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin,” katanya.

Perdana Menteri berkata pencapaian ini selari dengan sasaran yang ditetapkan dan sudah semestinya perlu dipertingkatkan lagi supaya sasaran 26 juta penduduk Malaysia menerima vaksinasi lengkap berjaya dicapai.

Menerusi vaksinasi, kita akan dapat membantu mengurangkan beban kes di hospital dan mengurangkan kes-kes jangkitan yang teruk, seterusnya melancarkan usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara, insya-Allah, katanya.

Perdana Menteri turut berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan terhadap PICK, terutama kepada petugas-petugas barisan hadapan dan sukarelawan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang membantu melancarkan pelaksanaan program berkenaan.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok