Rentas negeri: Surat MITI tak diterima mulai hari ini hingga Rabu

July 18, 2021 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menerima dokumen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai surat kebenaran pergerakan lintas negeri mulai hari ini hingga Rabu ini.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam kenyataan lewat malam tadi berkata langkah itu diambil susulan pihaknya mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari sejak kebelakangan ini.

“Polis telah mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari kebelakangan ini.

Justeru, bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab daripada menyalahgunakan surat kebenaran MITI sebagai kelulusan merentas negeri untuk sambutan Aidiladha, semua sekatan jalan raya (SJR) sempadan negeri telah diarah meningkatkan penguatkuasaan.

“Untuk tujuan itu, semua SJR di sempadan negeri diarah untuk tidak menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh 18 hingga 21 Julai 2021 bagi pergerakan rentas negeri,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata larangan itu tidak terpakai bagi urusan kecemasan dengan kebenaran polis serta kesihatan, termasuk vaksinasi.

Beliau memberi amaran mana-mana pihak yang didapati melanggar larangan ini, akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi dan masyarakat turut dinasihatkan untuk bersama memainkan peranan dalam melandaikan lengkuk jangkitan wabak Covid-19.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Polis tahan aktivis media sosial lantang kritik kerajaan
October 31, 2023· Politik
Popular
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok