‘Zahid tarik sokongan sebab gagal urus UMNO’

July 8, 2021 · Politik

Keputusan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekadar melepaskan diri kerana gagal mengurus parti itu.

“Nampak sangat keputusan dibuat ada percanggahan pendapat dalam kalangan ahli MT (Majlis Tertinggi),” kata bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rosol Wahid.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu berkata secara keseluruhan keputusan itu tidak menggambarkan keputusan majoriti mesyuarat tersebut tetapi sekadar menutup kegagalan parti.

“Mereka terpaksa buat keputusan macam itu. Apa yang saya nampak, keputusan dibuat memang dilihat sebagai jalan keluar kepada Presiden UMNO untuk melepaskan diri sahaja,” katanya seperti dilapor Utusan.

Zahid awal pagi tadi menyatakan pendiriannya menarik balik sokongan kepada kepemimpinan kerajaan PN dan Muhyiddin berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Zahid tersebut menyeleweng daripada topik perbincangan yang berjalan malam tadi atau dalam erti kata lain yang dibincang tapi lain pula yang keluar dari mulutnya semasa membaca perutusan sidang media itu.

“Sebaik saja Presiden UMNO selesai membuat kenyataan media lewat tengah malam tadi, saya dihubungi beberapa ahli MT yang menyatakan kenyataan media Presiden tidak menggambarkan keputusan mesyuarat MT,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, Annuar mendedahkan hasil daripada maklumat yang diperolehnya, kenyataan media semasa siaran sidang media tersebut sudah dirancang lebih awal sebelum berlangsung mesyuarat MT jam 8.30 malam tadi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
11 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Jika mahu jadi PM paling singkat, bubarlah Parlimen: Mahfuz
June 5, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok