Tular kawat berduri di tangga: Penduduk ada laluan lain

July 4, 2021 · Isu semasa

Penduduk Blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Wangsa Maju mempunyai laluan alternatif lain untuk turun selepas kawat berduri dipasang di tangga susulan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata pemasangan kawat itu dipersetujui dalam mesyuarat penyelarasan PKPD yang turut dihadiri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Beliau mengulas gambar tular di media sosial yang menunjukkan beberapa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasang kawat berduri di laluan tangga Blok C PPR berkenaan, menyebabkan timbul kebimbangan dalam kalangan netizen berhubung keselamatan penduduk jika berlaku kecemasan.

Ashari memaklumkan pemasangan kawat berduri di laluan tangga blok tersebut, bagi mengelakkan penduduk keluar atau masuk setelah bangunan itu diletak di bawah PKPD bermula semalam hingga 16 Julai.

Katanya, polis dan anggota ATM juga sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan bersiap sedia, dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

“Terdapat kekeliruan yang timbul apabila gambar kawat duri di laluan tangga tersebut tular, disebarkan kerana penduduk berasa bimbang sekiranya berlaku kecemasan.

“Untuk makluman sekiranya berlaku kecemasan, pihak ATM berkemampuan untuk membuka kawat duri tersebut dalam tempoh masa yang singkat, dan kami sentiasa berada di laluan tersebut untuk memantau situasi semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat yang menimbulkan kegusaran masyarakat.

Ashari berkata polis sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dan mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok