AirAsia rugi RM5.09 bilion

March 29, 2021 · Isu semasa

Kerugian bersih AirAsia Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 meningkat kepada RM5.09 bilion daripada RM315.81 juta pada tahun sebelumnya, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Perolehan kumpulan itu bagi tempoh sama berkurangan kepada RM3.14 bilion daripada RM11.86 bilion sebelum ini.

Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2020, kerugian bersih kumpulan ini menokok kepada RM2.44 bilion daripada RM384.44 juta, manakala perolehan menyusut 92 peratus kepada RM267.44 juta daripada RM3.23 bilion sebelum ini.

Impak pandemik Covid-19 terus memberi kesan buruk kepada operasinya, lapor Bernama.

“Walaupun sempadan antarabangsa masih ditutup, kumpulan ini akan memberi fokus untuk menyambung semula operasi domestik yang terhad di kawasan kami beroperasi.

“Sekatan perjalanan yang diumumkan di Malaysia bagi Oktober dan November telah menjejaskan lagi jualan kami pada suku keempat,” kata AirAsia.

AirAsia berkata, perolehan bagi perniagaan syarikat penerbangan itu bagi suku keempat 2020 adalah RM233.4 juta berikutan kapasiti yang dikurangkan sebanyak 88 peratus berbanding suku keempat 2019.

Keadaan ini terutamanya disebabkan kapasiti lebih rendah di Malaysia, Filipina dan Indonesia memandangkan sempadan antarabangsa masih ditutup.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
12 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok