Speaker Parlimen, timbalan menghadap Agong

June 29, 2021 · Isu semasa

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan timbalannya, Datuk Mohd Rashid Hasnon menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Kenderaan yang membawa Azizan dilihat memasuki pekarangan Istana Negara kira-kira jam 9.30 pagi, diikuti Rashid pada jam 10.20 pagi.

Turut dijadualkan menghadap pagi ini ialah yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim.

Difahamkan, Seri Paduka memanggil mereka menghadap untuk membincangkan hal berkaitan persidangan Parlimen.

26 Jun lalu Yang di-Pertuan Agong menitahkan Azhar dan Speaker Dewan Negara Rais menghadap baginda di Istana Negara pada Selasa.

Sehari sebelum itu, Azhar dan Rais dalam kenyataan bersama berkata sidang Dewan Rakyat secara hibrid dijangka diadakan akhir Ogos atau selewat-lewatnya minggu pertama September selepas semua aspek perundangan, termasuk peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan diambil kira.

Mereka berkata, tarikh sidang bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan semua aspek perundangan pada peringkat Jawatankuasa Dewan dan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat dijangka akhir Julai depan.

Berita berkaitan
Al-Sultan Abdullah menamatkan tempoh pemerintahan 30 Jan, zahir penghargaan
October 26, 2023· Isu semasa
Elak pilih pemimpin gila kuasa semasa PRN, gesa Rais Yatim kepada pengundi
June 26, 2023· Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023· Politik
Tanya agenda Malaysia Madani, timbalan menteri jawab projek
April 5, 2023· Isu semasa
Popular
Letak jawatan jika tak sebulu dengan kerajaan, kata Hadi Awang
May 10, 2021
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
September 28, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
PRN Melaka: KKM sudah sediakan SOP
October 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok