Tanya agenda Malaysia Madani, timbalan menteri jawab projek

April 5, 2023 · Isu semasa

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim menegur seorang timbalan menteri kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) kerana tidak menjawab isu yang dibangkit senator dari Sarawak berkaitan Malaysia Madani.

Sebaliknya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak) Wilson Ugak Kumbong menjelaskan mengenai projek Kerajaan Persekutuan di Sarawak.

Dr Rais berkata, pada pandangannya Timbalan Menteri tidak menjawab soalan yang dibangkitkan berkaitan agenda Malaysia Madani di Sarawak.

“Pada pandangan saya Timbalan Menteri tidak menjawab soalan yang dibangkitkan, sebaliknya menjelaskan mengenai projek pembangunan.

“Apa pun terpulang kepada Timbalan Menteri, ini hanya padangan saya sahaja,” katanya mencelah ketika Ugak Kumbong memperincikan projek Kerajaan Pusat di Sarawak.

Sebelum itu Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menyifatkan tindak tanduk kerajaan sekarang tidak mencerminkan Malaysia Madani apabila pemimpin politik dilantik mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan.

Ugak Kumbong berkata, pelantikan pemimpin politik mengetuai GLC berlaku sejak dahulu lagi termasuk era kerajaan BN, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun bagi membantu Timbalan Menteri terbabit Senator Rita Sarimah Anak Patrcik Insol dari Sarawak memberitahu pelantikan tersebut tidak menjadi kesalahan selagi mereka ada kelayakan.

Menjelas lanjut Ugak Kumbong berkata, tidak menjadi kesalahan melantik pemimpin politik mempengerusi GLC sekiranya mereka mampu membantu meningkatkan keuntungan.

Untuk rekod, dalam tempoh hampir sebulan lalu, sekurang-kurangnya 11 lantikan politik telah dibuat oleh kerajaan PH-BN, dengan hampir separuh daripadanya adalah pemimpin UMNO yang mencetus tanya tanya adakah penglibatan kerajaan dalam ‘transaksi politik’ atau nepotisme.

Mereka yang dilantik sebelum ini ialah:

  • Muhammad Bakhtiar Wan Cik (PKR) – Pengerusi MyCreative Venture Sdb Bhd;
  • Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (UMNO) – Pengerusi MARA;
  • Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (UMNO) – Pengerusi FELCRA Berhad;
  • Datuk Husam Musa (AMANAH) – Pengerusi SPNB;
  • Mohd Khairuddin Aman Razali (UMNO) – Penasihat Agama;
  • Bernard Giluk Dompok (UPKO) – Pengerusi SME Corporation;
  • Datuk Seri Noraini Ahmad (UMNO) – Pengerusi RISDA;
  • Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR) – Pengerusi TEKUN;
  • Mohd Sany Hamzan (AMANAH) – Timbalan Pengerusi TEKUN;
  • Shaik Hussein Mydin (UMNO) – Pengerusi PERDA; dan
  • Charles Santiago (DAP) – Pengerusi SPAN.

Berita berkaitan
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Dua anggota Kabinet baharu angkat sumpah Ahli Dewan Negara
December 12, 2023· Politik
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023· Politik
Harga ayam dan telur stabil, kerajaan pertimbang lepaskan kawalan harga: PMX
October 13, 2023· Isu semasa
Popular
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Letak jawatan jika tak sebulu dengan kerajaan, kata Hadi Awang
May 10, 2021
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
September 28, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok