Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’

June 6, 2023 · Politik

Cadangan senarai nama untuk penganugerahan gelaran “Tan Sri” dibuat oleh ketua kerajaan, kata Tan Sri Dr. Rais Yatim yang menafikan dirinya sebagai pencadang diberi gelaran kepada Lim Kit Siang.

Yang Dipertua Dewan Negara itu berkata pencalonan untuk menerima anugerah itu bukan daripada beliau, sebaliknya dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan ketua kerajaan campuran ketika ini.

“Raja ada kuasa tolak, tapi baginda tak tolak kerana PMX bentang rekod khidmatnya (Kit Siang).

“Bukan tak tahu, kini jadi pembangkang ada markah tinggi diberi kerajaan. Yang beri bintang PMS dan lain-lain ialah kerajaan. Ketua kerajaan ialah Anwar Ibrahim bukan pihak lain seperti Rais Yatim,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebooknya hari ini.

Menurut Rais lagi, sekiranya beliau Perdana Menteri ke-10 bolehlah membuat cadangan seperti itu.

“Sibuk betul fasal Kit Siang dapat (anugerah) Tan Sri. Ada pula yang anotasi itu Rais Yatim punya syor. Wah! berkuasa betul anak Jolobu ni yo. Hi..hi,” katanya lagi..

Semalam, media melaporkan, Kit Siang dan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat antara 839 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Nik Aziz dan Kit Siang dianugerahkan PSM, anugerah persekutuan kedua tertinggi yang membawa gelaran Tan Sri dan mereka adalah antara 26 individu yang menerima anugerah itu tahun ini.

Menurut Dr. Rais, dalam hal itu, beliau terus dipersalahkan kerana dituduh membuat cadangan agar bekas Pengerusi DAP itu menerima pingat PSM.

“Yang benarnya saya pernah syorkan dua tahun lalu pemimpin macam Kit Siang patut diberi bintang penghormatan oleh pihak seperti Pulau Pinang sebab itu telapak kuasa DAP.

“Tapi syor itu bukan dibuat di Dewan Negara.

“Tinggal lagi Yang di-Pertuan Agong nak anugerah Kit Siang bintang Panglima Setia Mahkota itu hak baginda dengan Perdana Menterinya. Orang macam saya tak terlibat.

“Nampaknya begitu terpesong daya pemikiran beberapa pemimpin yang keletihan. Tariklah nafas dalam-dalam hamburkan kewarasan. Nganga dulu sebelum bercakap,” ujar beliau.

Beliau turut meminta pihak berkenaan meneliti senarai yang dapat PSM tahun ini yang nama penerimanya panjang berjela.

“Cuba teliti lagi, puak mana dapat lebih dan golongan mana dapat kurang. Jawab sendiri, khasnya (kepada) pimpinan UMNO,” katanya lagi.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
MB Selangor sahkan nama dalam syarikat didakwa dapat tender rundingan terus: Laporan
March 1, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok