Elak pilih pemimpin gila kuasa semasa PRN, gesa Rais Yatim kepada pengundi

June 26, 2023 · Politik

Pengundi di enam Pilihan Raya Negeri digesa menolak pemimpin yang gila kuasa dan hanya melaungkan slogan tetapi tidak melaksanakannya, kata Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Bekas Speaker Dewan Negara itu menyifatkan pemimpin dalam kerajaan campuran sekarang mempunyai sakit jiwa dan berdendam kerana hanya mahu menekan musuh politiknya dengan mengambil pelbagai tindakan.

“Bangsaku, sahabatku di seluruh negara khasnya di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, masa sampai bagi kita semua berjabat tangan memperkasa semula perjuangan asas yang lama demi bangsa agama dan pertiwi.

“Negara, bangsa dan agama kita sedang tergugat dan digugat disisi politik gila kuasa, gila sandiwara, gila slogan yang tak bererti lagi kepada rakyat. Kita terpilih perdana menteri dan menteri sesat arah, sesat niat serta sesat perjuangan.

“Rupa-rupanya selepas tujuh bulan, terserlah pimpinan yang celaru sifat dan mengalami penyakit jiwa. Sifat celarunya ialah konon kita semua ini sama hak, sama rata, sama rasa tapi tak sama merana,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Menurut Rais, kerajaan sekarang tidak mempunyai dasar ekonomi apatah lagi peka dengan penderitaan rakyat selain tidak tahu mentadbir dan tidak sayangkan bangsa sendiri.

Mereka, katanya, suka cari kecelaan pemimpin dahulu yang banyak berbudi dan menyelamatkannya.

“Jika Tun M (Dr. Mahathir Mohamad) tidak melakukan ikhtiar dan gesaan, tiada pengampunan berlaku. Dia melupai ini semua. Dia tuduh perdana menteri dahulu konon rasuah, rasuah dan rasuah berbilion ringgit. Dia guna maklumat salah.

“Bila dia turun takhta perdana menteri nanti, saham dan habuannya pula akan menyusul,” katanya.

Kata beliau, barang makanan semakin mahal hingga tidak mampu dibeli oleh rakyat kerana ringgit menjadi kecil iaitu 1USD bersamaan RM4.76 manakala SGD1 pula RM3.65 dan £1 sudah hampir RM6.

Pelaburan turut menjunam nilainya dengan saham terus meluncur turun namun Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli suka bermain data dan formula tetapi tidak faham congak hidup nelayan, penoreh getah dan pesawit Felda.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pula hilang perkiraan industri agro sehingga isu telor turut menjadi cemuhan tempatan dan dunia.

Beliau turut menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal menunaikan janji untuk menurunkan harga minyak dengan mengulangi kenyataan perdana menteri itu, “hari ini jadi PM, esok harga minyak turun”.

Dalam hantaran itu juga, Dr. Rais menyindir tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang melantik kalangan Ahli Parlimen sebagai pengerusi di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Antara perlakuan berpolitik dan main politik kini sudah jelas. Kita sudah salah pilih juragan kapal lagi. Tokoh macam si pulut tapi bila ditanak ia berderai,” katanya menyindir.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok