Moratorium akan bantu rakyat rancang semula kewangan, kata Cuepacs

June 29, 2021 · Isu semasa

Pengumuman moratorium oleh kerajaan selama enam bulan disambut baik Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kerana ia akan dapat membantu rakyat yang terkesan untuk merancang semula kewangan mereka.

Cuepacs menyifatkan ia bukti kerajaan mendengar suara hati rakyat yang terkesan dengan bebanan kewangan dan punca pendapatan terjejas ekoran penularan pandemik Covid-19 dihadapi negara.

“Antara perkara yang menggembirakan rakyat ialah pelaksanaan moratorium pinjaman selama enam bulan kepada semua individu tanpa syarat membolehkan rakyat merancang semula kewangan keluarga masing-masing tanpa perlu bimbang dikejar oleh pihak bank,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, pembentangan pakej bernilai RM150 bilion itu secara jelas menunjukkan tiada pihak yang terpinggir dan tertinggal sama ada golongan B40, M40 serta T20.

Menurut Cuepacs lagi, bantuan kewangan secara terus oleh kerajaan melalui Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas Covid (BKC) yang baru diperkenalkan serta Bantuan Kehilangan Pendapatan menunjukkan keprihatinan kerajaan dengan masalah dialami rakyat akibat impak COVID-19, yang ia juga merupakan perangsang untuk ekonomi berkembang semula.

Selain itu, Cuepacs berharap Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan kerajaan sebelum ini dapat bergerak seiring dengan pakej rangsangan yang diumumkan hari ini supaya ia memberi impak yang diharapkan oleh semua pihak.

“Cuepacs juga berharap semua rakyat dapat memberikan kerjasama menjayakan program vaksinasi kerana ia merupakan langkah terakhir untuk memastikan negara dapat keluar dari kemelut pandemik ketika ini.

“Kejayaan program vaksinasi akan menjadi pemangkin kepada kejayaan pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan yang dilaksanakan,” kata kenyataan itu lagi.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berjumlah RM150 bilion yang merupakan kesinambungan daripada tujuh program bantuan dan pakej rangsangan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM380 bilion yang dilaksanakan kerajaan Perikatan Nasional sejak pandemik COVID-19 melanda negara awal tahun lepas.

Berita berkaitan
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Tiada KWSP bersasar, Wan Saiful bidas kerajaan angkuh tak dengar rintihan rakyat
October 24, 2023· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Wajib kuarantin lepas pulang dari luar negara
October 12, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok