Syor pelajar kelas peperiksaan kembali ke sekolah lebih awal ke MKN

June 22, 2021 · Isu semasa

Cadangan supaya pelajar kelas peperiksaan dibenar kembali ke sekolah lebih awal daripada Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) sudah dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.

Serentak itu, katanya, Kementerian Pendidikan juga memohon kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) supaya mempercepatkan pemberian vaksin kepada guru dan pelajar kategori berkenaan.

Bagaimanapun beliau berkata, semua cadangan itu tertakluk kepada keputusan MKN manakala JKJAV pula menguruskan hal berkaitan pemberian vaksin.

“Dalam konteks pendidikan, kita akan bincang bagaimana kita boleh laksanakan (vaksinasi) di sekolah atau sebagainya dan ini memerlukan penelitian yang lebih mendalam. Setakat ini 36 peratus atau 148,580 guru telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin,” katanya dalam Wawancara Pelan Pemulihan Negara secara dalam talian, hari ini.

Ditanya jika guru-guru dan pelajar selain kelas peperiksaan juga akan diberikan keutamaan dalam pemberian vaksin, Radzi berkata KPM membuat cadangan kepada JKJAV berdasarkan keutamaan atas faktor bekalan vaksin yang terhad.

“Kalau boleh kita mahu semuanya divaksin namun dilihat dari sudut priority (keutamaan) disebabkan bekalan yang terhad dan sebab itu kita mohon supaya murid dan guru Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) didahulukan,” katanya.

Berdasarkan Pelan Pemulihan Negara diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, sektor pendidikan akan dibenarkan beroperasi secara berperingkat bermula fasa ketiga apabila negara berjaya memenuhi tiga nilai ambang yang dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir Ogos.

Nilai ambang tersebut adalah purata kes harian menurun ke paras bawah 2,000 kes, sistem kesihatan awam berada pada tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ke paras mencukupi dan 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Sementara itu, memetik laporan Bernama, Radzi menjelaskan keputusan terdahulu dibuat KPM termasuk membatalkan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini tidak akan berubah meskipun jika mereka yang terlibat telah menerima vaksin nanti.

Mengenai pengambilan khas 18,702 pendidik bagi menyelesaikan isu kekurangan guru di sesetengah negeri, Radzi menegaskan bahawa calon yang mempunyai latar belakang pendidikan akan diberi keutamaan sebelum ia dibuka kepada graduan lain.

Namun sekiranya calon kelulusan lain yang tidak mempunyai latar belakang ikhtisas pendidikan dipilih, mereka akan diberikan latihan secukupnya bagi memastikan bakal guru itu dapat menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran dengan baik.

“Kita amat menitikberatkan kualiti guru-guru di sekolah jadi ini bukan pengambilan sembarangan sebaliknya satu proses tersusun dan teliti untuk kita lihat. Sekiranya guru untuk subjek tertentu tidak dapat diisi oleh graduan ikhtisas pendidikan, kita akan pastikan calon yang dipilih itu mendapat latihan secukupnya,” katanya.

Berita berkaitan
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023· Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok