62,918 kes Covid-19 masih aktif, 69 kematian baharu

June 21, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 69 lagi kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan kumulatif kematian kepada 4,477 kes.

Susulan penurunan kes baharu kepada 4,611, termasuk lapan kes import, jumlah pesakit yang sembuh dalam tempoh itu juga meningkat kepada 5,439 orang, menjadikan keseluruhan mereka yang sembuh seramai 633,624.

Bagaimanapun, keseluruhan mereka yang sembuh masih di bawah jumlah kes positif yang dicatatkan sehingga kini sebanyak 701,019 kes dengan 62,918 lagi kes masih aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kekal sama seperti semalam seramai 880 orang, dan daripada jumlah itu 452 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdahulu beliau memaklumkan jumlah kes baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi adalah 4,611 kes.

Selangor, walaupun menunjukkan penurunan sejak beberapa hari lalu, terus mencatat kes tertinggi dengan 1,346, diikuti Sarawak (682 kes), dan Perak (453 kes).

Sementara itu, Dr Noor Hisham juga memaklumkan dalam tempoh sama 22 kluster baharu direkodkan di seluruh negara dengan 14 daripadanya adalah kluster tempat kerja, komuniti (tujuh) dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Beliau berkata Selangor menjadi penyumbang utama dengan empat kluster tempat kerja membabitkan kilang perindustrian di Klang, Petaling dan Gombak, yang melibatkan 346 kes positif baharu.

Johor juga merekodkan empat kluster tempat kerja yang semuanya di Johor Bahru membabitkan 64 jangkitan di kilang dan tapak binaan.

Sarawak (119 jangkitan baharu) dan Kelantan (68 jangkitan baharu) masing-masing turut mencatatkan empat kluster baharu membabitkan tempat kerja, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Kluster baharu lain ialah di Pulau Pinang (dua – tempat kerja); Sabah (dua – tempat kerja dan komuniti); dan masing-masing satu Negeri Sembilan, dan Melaka membabitkan tempat kerja.

 

Data 21 Jun 2021 dan 20 Jun 2021

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok