Zahid boleh dikenakan tindakan sekiranya masih bekerjasama dengan Anwar, DAP

June 14, 2021 · Politik

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Nazri Aziz mengingatkan Presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak membelakangi keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang sudah membuat keputusan menolak kerjasama dengan PKR dan DAP.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, Zahid tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah keputusan itu kerana jika mahu diubah ia perlu mengadakan perbincangan dengan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Mendedahkan kepada Agenda Daily, Nazri berkata, Zahid tidak pernah memanggil Ahli-Ahli Parlimen BN untuk membincangkan perkara itu, termasuk dirinya.

“Ia macam ini, saya sendiri tidak tahu menahu, tetapi kepada saya sekarang ini, kalau hendak bercakap tentang kerjasama atau apa sahaja, ia mesti bincang dengan Ahli Parlimen BN. Jadi saya sebagai seorang Ahli Parlimen BN saya tak tahu ada kerjasama dengan PKR ini.

“Zahid tidak boleh buat keputusan untuk kita, ini bukan keputusan parti ini keputusan Ahli Parlimen BN, sebenarnya yang penting untuk memanggil Ahli Parlimen BN duduk dan berbincang, bukan Zahid wakili dia sebagai pandangan parti.

“Kemudian kalau dia bekerjasama dengan PKR kita kena bersetuju tak semestinya begitu, Ahli Parlimen kita ada fikiran dan pendirian sendiri,” katanya kepada Agenda Daily hari ini.

Dalam pada itu ketika ditanya apa akan terjadi sekiranya Zahid tetap dengan keputusan untuk menjalinkan kerjasama dengan PKR, Nazri berkata Zahid mungkin akan dikenakan tindakan oleh parti kerana melanggar ketetapan semasa PAU lalu.

“Kalau dia buat keputusan sendiri, parti akan ambil tindakan ke atas Zahid kerana membelakangkan keputusan pada PAU, kalau dia langgar macam mana dia tak kebal kita ada keputusan muktamad No Anwar No DAP,” katanya.

UMNO pada PAU2020 menegaskan pendirian parti itu menolak sebarang kerjasama dengan  PKR dan DAP pada PRU-15.

Bagaimanapun selang beberapa hari selepas PAU pada Mac lalu, Zahid dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan dengan satu pakatan sulit selepas tular klip audio perbualan antara kedua-dua mereka di media sosial.

Nazri mengulas mengenai gagasan baharu jajaran Pakatan Harapan-UMNO (Jajaran Harapan), yang bakal direalisasikan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi menghadapi Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid ketika membayangkan perkara itu berkata, dalam politik yang sering mengalami kedinamikan semasa dan gagasan itu boleh dibentuk sepertimana gabungan politik sebelum ini.

Beberapa hari lalu tular poster ‘Jajaran Harapan’ yang menunjukkan Zahid bersama kepemimpinan PH – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Terdahulu Agenda Daily melaporkan Zahid membayangkan bakal terbentuk jajaran baharu politik bersama PKR dan DAP yang akan dikenali sebagai Perikatan 3.0 dan bukannya PN ketika PRU15 nanti.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Pembebasan Zahid dalam kes rasuah, PAS gesa hormati keputusan mahkamah
September 23, 2022
Konspirasi Zahid-Anwar sejak 1998, rancang gulingkan Dr M dan kini mahu singkir Muhyiddin
August 9, 2021
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok