Ahli UMNO nafi tapi MP PKR yakin Jajaran Harapan bakal terbentuk

June 13, 2021 · Politik

Gagasan baharu jajaran Pakatan Harapan-UMNO (Jajaran Harapan), bakal direalisasikan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi menghadapi Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid ketika membayangkan perkara itu berkata, dalam politik yang sering mengalami kedinamikan semasa dan gagasan itu boleh dibentuk sepertimana gabungan politik sebelum ini.

Ditanya adakah jajaran baharu itu telah dibentuk secara rasmi, Abdullah Sani yang rapat dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ‘ia akan berlaku mengikut situasi politik semasa’.

“Ia automatik akan dilaksanakan,” katanya yang kemudian merujuk kepada kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 6 Disember 2020.

Pada masa itu Zahid mengatakan kesediaan UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP untuk membentuk kerajaan baharu di Perak jika jajaran gabungan parti terdahulu tidak dapat diteruskan.

Zahid yang memberitahu pemberita demikian selepas menghadap sembah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta berkata ianya akan mengambil kira semua pertimbangan politik agar kerajaan yang terbentuk merupakan kerajaan yang lebih kukuh dukungannya.

Pada 5 Disember 2020, kerajaan Perak pimpinan Bersatu dibubarkan selepas berlaku kemelut politik apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO tidak lagi menyokong Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar.

Mengulas lanjut Abdullah Sani yang juga Ahli Parlimen Kapar memberitahu Agenda Daily bahawa PKR sendiri pernah bekerjasama dengan ‘lawan’ mereka sebelum ini bagi memastikan agenda rakyat dimartabatkan.

“Tiada apa yang mustahil dalam politik, tiada kawan kekal dan tiada lawan yang kekal. Negara memerlukan pembelaan, kita tumpu pada rakyat masing-masing kerjasama itu nama jajaran baharu tiada masalah…

“Kerjasama dengan semua orang kita alu-alukan, bukan sahaja UMNO, Gabungan Parti Sarawak (GPS), parti-parti kecil dari Sabah ataupun daripada Bebas akan kerjasama untuk bina negara,” katanya kepada Agenda Daily.

Katanya PKR sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan semua pihak.

Beberapa hari lalu tular poster ‘Jajaran Harapan’ yang menunjukkan Zahid bersama kepemimpinan PH – Anwar; Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menuduh penyebaran itu dilakukan penyokong Bersatu.

Sebelum ini PAS Johor membayangkan kehairanan mengenai berita yang semakin kuat tersebar mengenai kerjasama rakannya dalam Muafakat Nasional (MN), UMNO, dengan PH menerusi Jajaran Harapan.

Walaupun UMNO menafikan kewujudan jajaran itu, PAS menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak melakukan kesilapan untuk bekerjasama dengan PH yang dilihat berperilaku ‘buruk’.

Ketua Penerangan PAS Johor, Rusman Kemin berkata, partinya lebih mengenali PH yang disifatkannya sebagai berperilaku ‘buruk’ setelah dapat mentadbir negara.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok