Kerajaan tambah subsidi minyak, minyak masak hingga RM8.0 bilion

June 12, 2021 · Isu semasa

Kerajaan bakal menampung subsidi minyak dan minyak masak sehingga lebih RM8.0 bilion, iaitu RM4.22 bilion lebih tinggi berbanding RM3.78 bilion yang diperuntukkan bagi tahun ini.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM6.32 bilion bagi subsidi minyak dan minyak masak pada 2019 dan RM2.16 bilion pada 2020.

“Kementerian Kewangan ingin mengulangi bahawa kerajaan akan terus membantu rakyat melalui pelbagai langkah.

“Salah satu langkah dasar yang dimanfaatkan oleh sejumlah besar rakyat Malaysia adalah subsidi minyak dan minyak masak dalam membantu mengurangkan kesan kenaikan harga komoditi di peringkat global ke atas kos sara hidup rakyat,” katanya dalam kenyataan disiarkan di Facebook Kementerian Kewangan hari ini.

Beliau berkata, peruntukan lebih tinggi itu tahun ini susulan peningkatan harga pasaran global semasa.

“Kerajaan bersedia menanggung perbelanjaan subsidi yang lebih tinggi ini bagi memelihara kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan, terutamanya peniaga-peniaga kecil,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, susulan peningkatan harga komoditi di peringkat global, subsidi kerajaan bagi produk petroleum petrol RON95, diesel dan liquified petroleum gas (LPG) serta minyak masak bersubsidi dijangka meningkat dengan mendadak.

Beliau berkata, kerajaan akan terus membantu rakyat melalui pelbagai langkah termasuk meneruskan subsidi minyak dan minyak masak dalam membantu mengurangkan kesan kenaikan harga komoditi di peringkat global ke atas kos sara hidup rakyat.

Menurutnya, kerajaan tetap meneruskan dasar pengekalan harga bagi barang-barang runcit iaitu RM2.05 per liter bagi Petrol RON95 yang telah dikekalkan sejak 10 Februari, dan RM2.15 per liter bagi Diesel sejak 10 Februari.

Manakala harga gas petroleum cecair LPG dikekalkan pada RM1.90 sekilogram sejak Jun 2015, dan minyak masak bersubsidi pula bernilai RM2.50 pek sekilogram semenjak 1997, katanya.

Beliau menambah, pelbagai langkah Belanjawan dan inisiatif yang ditambah baik melalui Permai, Pemerkasa dan Pemerkasa Plus akan terus disalurkan sekurang-kurangnya sehingga Disember 2021.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
18 jam lalu· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok