Semua 150,000 peranti percuma akan selesai diserah pada September

June 6, 2021 · Isu semasa

Pelajar dan murid sekolah daripada kumpulan B40 dijangkakan mendapat semua 150,000 laptop dan tablet percuma daripada kerajaan menjelang September tahun ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.

Radzi menjelaskan pemberian peranti percuma itu dijalankan secara berperingkat, setakat ini sebanyak 12,887 unit sudah diagihkan dan bakinya akan selesai diagihkan menjelang September ini.

“Sebanyak 12,887 unit telah diagihkan ke 95 buah sekolah…manakala 40,290 agihan lagi akan selesai pada 12 Jun.

“Baki agihan 96,823 unit lagi dijangka selesai pada akhir September 2021,” katanya semasa sidang media dalam talian hari ini.

Pihak yang bertanggungjawab melaksanakan inisiatif itu Yayasan Hasanah yang diumumkan ketika Belanjawan 2021 pada November lalu

Dalam pada itu, Radzi turut mengumumkan semua pelajar akan menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama 25 hari selepas cuti pertengahan tahun berakhir.

Sesi PdPR itu akan bermula pada 13 Jun untuk negeri kumpulan A dan 14 Jun untuk negeri kumpulan B.

Kumpulan A terdiri daripada sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala kumpulan B adalah sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat ketetapan bahawa untuk tempoh 25 hari persekolahan ini kita akan melaksanakan PdPR.

“Ketetapan ini juga diguna pakai untuk semua sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat,” katanya lagi.

Sementara itu, Radzi juga memberitahu cuti pertengahan penggal seterusnya akan bermula selepas 16 dan 17 Julai.

Sehubungan itu, katanya, keputusan mengenai kaedah pembelajaran dan pengajaran (PdP) selepas cuti pertengahan penggal selama seminggu yang berakhir pada 25 dan 26 Julai nanti akan diumumkan seminggu lebih awal sebelum tamat cuti.

Mengenai TV Pendidikan, beliau berkata DidikTV akan diteruskan dengan 15 jam waktu siaran setiap hari.

Berita berkaitan
Mangsa buli sekolah sehingga hilang pendengaran peroleh ganti rugi RM600,000 lebih
October 17, 2023· Isu semasa
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
3 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
3 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok