21.86 peratus permohonan syarikat untuk beroperasi diluluskan MITI

June 3, 2021 · Isu semasa

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) meluluskan hanya 21.86 peratus atau 128,150 syarikat melibatkan 1.57 juta pekerja yang mendaftar di bawah Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 setakat 7.30 pagi ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata jumlah kelulusan tersebut yang diluluskan adalah kecil berbanding jumlah keseluruhan 10.2 juta tenaga kerja yang mendaftar di bawah CIMS dan keluluskan yang diberikan mengikut pematuhan ketat kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu.

“Kelulusan ini bukan hanya meliputi sektor pembuatan sahaja kerana ia turut melibatkan pelbagai sektor lain daripada 15 kementerian,” katanya lapor Bernama hari ini.

Kerajaan menyenaraikan 17 senarai perkhidmatan penting yang dibenarkan beroperasi semasa PKP 3.0 dengan kapasiti tenaga kerja dihadkan kepada 60 peratus.

Sektor yang dibenarkan beroperasi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) meliputi sektor pembuatan; pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan komoditi; pembinaan; dan perdagangan pengedaran.

Azmin turut menjelaskan sektor kimia serta elektrik dan elektronik (E&E) dikategorikan sebagai perkhidmatan penting kerana sektor tersebut berkait rapat dalam memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terjamin.

Sehingga kini, sejumlah 15 Kementerian telah menggunakan sistem CIMS 3.0 bagi memudahkan proses penilaian permohonan kebenaran untuk beroperasi di bawah sektor masing-masing.

Menurutnya, surat kelulusan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0 bukan hanya dikeluarkan oleh MITI sahaja, sambil memberi contoh Bank Negara Malaysia dan beberapa kementerian lain seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Pengangkutan mengguna pakai sistem dalaman masing-masing bagi tujuan yang sama.

“MITI bukan penentu tunggal dalam memutuskan sama ada sesuatu sektor perniagaan dianggap sebagai perkhidmatan penting atau sebaliknya,” jelasnya.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Kerajaan perlu masa selesai kes pencen hakim menerusi proses mediasi
March 21, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok