Tauke ayam bakar, rakan dituduh cuba rasuah polis RM120,000

June 3, 2021 · Isu semasa

Seorang pengusaha ayam bakar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas pertuduhan bersubahat bersama rakannya, memberi rasuah RM120,000 kepada seorang pegawai polis untuk melepaskan rakannya daripada dikenakan tindakan kerana memiliki dadah jenis syabu.

Mohd Nizam Mohamed Lazim, 36, yang juga juruteknik penyaman udara sambilan, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rihaida Rafie.

Memetik laporan Bernama dia dituduh bersubahat dengan Abd Aziz Abdullah @ Shariff, 38, memberikan wang suapan RM120,000 kepada Penolong Penguasa Mohammad Izzuddin Zulkifly, 38, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Suapan itu sebagai dorongan kepada Mohammad Izzuddin agar tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas Abd Aziz kerana memiliki dadah jenis syabu yang melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mohd Nizam melakukan perbuatan itu di Petron Persiaran Mahogani, J&H Service Station, Petaling, pada 9 malam, 24 Mei 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dibaca bersama Seksyen 28(1)(c) akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Rihaida membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah serta dikehendaki melapor diri di balai polis sebulan sekali.

Mahkamah menetapkan 12 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Fadhli Ab Wahab dan Pegawai Pendakwa Tuan Attina Tuan Kamaluddin manakala Mohd Nizam diwakili peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim dan Nabil Ashraff Ridzuan.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Popular
Letak jawatan jika tak sebulu dengan kerajaan, kata Hadi Awang
May 10, 2021
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
September 28, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
PRN Melaka: KKM sudah sediakan SOP
October 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok