Saringan ujian Covid-19 mungkin jadi syarat utama rentas negeri

June 1, 2021 · Isu semasa

Mana-mana individu yang hendak merentas negeri mungkin diwajibkan lulus ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu sebelum diberi kebenaran untuk berbuat demikian.

Langkah tegas itu mungkin dijadikan syarat dalam usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19 menerusi aktiviti rentas negeri yang pernah berlaku menjelang perayaan, selain tindakan warga ibu negara ‘melarikan diri’ pulang ke kampung baru-baru ini, susulan pelaksanaan ‘total lockdown’ bermula hari ini.

Semakan Agenda Daily terhadap syarat ketat yang dikenakan susulan perintah ‘total lockdown’ bermula hari ini tidak menyatakan ujian saringan Covid-19 wajib dibuat sekiranya mana-mana individu yang hendak melakukan perjalanan rentas negeri.

Sesetengah pihak berkuasa dikatakan sudah bersetuju terhadap cadangan pelaksanaan mewajibkan ujian saringan Covid-19 untuk merentas negeri selain surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Bagaimanapun, difahamkan langkah itu belum dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara.

Tiga hari lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melahirkan kebimbangan berikutan peningkatan kes membabitkan kluster rentas negeri.

Beliau berkata sejak 7 Disember 2020 penularan di dalam negara semakin membimbangkan apabila 51 kluster rentas negeri membabitkan 6,468 kes, dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).

Terdahulu, kerajaan Melaka mencadangkan supaya semua individu yang hendak melakukan perjalanan rentas negeri mesti lulus ujian saringan Covid-19 sebelum diberi kelulusan berbuat demikian.

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata cadangan tersebut dipersetujui beberapa pihak untuk dilaksanakan di seluruh negara, namun tertakluk kepada keputusan teknikal yang akan diputuskan nanti.

“Tindakan itu bertujuan sebagai langkah pencegahan awal bagi memastikan hanya individu yang benar-benar bebas daripada sebarang gejala atau disahkan bebas daripada dijangkiti wabak berkenaan, dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tindakan tersebut juga katanya bertujuan bagi mengelak kes-kes positif wabak berkenaan terus meningkat, yang berpunca daripada perbuatan individu merentas negeri biarpun telah memperoleh kebenaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Beliau berkata kos untuk ujian saringan tersebut perlu ditanggung oleh majikan sekiranya ia melibatkan pekerja manakala ditanggung sendiri jika membabitkan urusan peribadi.

“Ujian saringan ini penting memandangkan pada masa ini, kira-kira 70 peratus daripada mereka yang disahkan positif didapati tidak mempunyai gejala dan keadaan sedemikian amat membimbangkan,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok