[TERKINI] Nahas LRT: 47 penumpang parah, 166 cedera ringan

May 24, 2021 · Isu semasa

Dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) berlanggar di dalam terowong antara stesen Kampung Baru dan KLCC malam tadi menyebabkan sekurang-kurangnya 47 penumpang parah, manakala 166 lagi cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komosioner Mohamad Zainal Abdullah ketika mengesahkan kejadian itu berkata, penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan beberapa hospital lain di Lembah Klang untuk rawatan lanjut.

Beliau mengesahkan terdapat 213 penumpang dalam tren yang berlanggar dengan sebuah tren lain di laluan berkenaan malam tadi.

“Kejadian dilapor berlaku kira-kira jam 8.45 malam tadi di dalam terowong membabitkan sebuah tren yang rosak dan sedang dipandu uji,” katanya yang turut berada di tempat kejadian.

Beberapa penumpang cedera setelah terpelanting dari tempat duduk di dalam tren LRT, malam tadi.

Terdahulu beberapa video tular di media sosial menunjukkan penumpang di dalam tren berkenaan yang terbaring mengerang kesakitan akibat cedera di kepala.

Sesetengah penumpang dilaporkan terpelanting dari tempat duduk, dan ada yang cedera parah di kepala akibat terhantuk pada cermin kaca.

RapidKL memaklumkan tren LRT yang terbabit dalam kemalangan itu melibatkan tren nombor 40 dan 81. Bagaimanapun, pihak berkaitan tidak memaklumkan secara terperinci bagaimana nahas boleh berlaku.

“Pasukan kami telah digerakkan bagi memberi pertolongan dan bantuan menyelamat ketika ini, harap semua bertenang dan mengikut segala arahan,” kata kenyataan RapidKL di twitternya malam tadi.

Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan malam ini mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan trennya bernombor 40 dan 81 terlibat dalam satu insiden dan pasukannya sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat.

“Sila bertenang dan patuhi segala arahan. Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok