KDNK diunjur mungkin menyusut pada kadar minima susulan PKP 3.0

May 22, 2021 · Isu semasa

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjur menyusut pada kadar minima sekurang-kurangnya satu peratus susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang diperketatkan (PKP 3.0), kata
Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Zafrul berkata bagaimanapun unjuran tersebut masih diperingkat awal dan memberikan contoh semasa PKP pertama Malaysia kehilangan sekitar RM2.4 bilion setiap hari sementara semasa PKP 2.0 dari 13 Jan hingga 18 Februari 2021, negara kehilangan wang sejumlah RM300 juta hingga RM400 juta sehari.

“Kami masih mengkaji kesannya, walaupun masih terlalu awal untuk diperkatakan, kami menganggarkan sepanjang PKP 3.0, impaknya boleh mencecah sehingga satu peratus.

“Kami akan memberitahu angka sebenar selepas analisis yang terperinci dibuat,” katanya pada satu sidang media maya lapor Bernama.

Di bawah PKP 3.0, Zafrul menjangkakan pertumbuhan KDNK kepada sekitar lima hingga 6.5 peratus bagi 2021, sedikit lebih rendah daripada sasaran enam hingga 7.5 peratus yang diramalkan oleh Bank Negara Malaysia sebelumnya.

“Ketika kami menyasarkan pertumbuhan KDNK 2021 pada enam hingga 7.5 peratus, kami tidak menjangkakan akan wujud satu lagi PKP.

“Ia sudah pun berlaku sekarang, dengan ini, KDNK mungkin susut kepada lima hingga 6.5 peratus, tetapi sekali lagi, ini hanya anggaran dan kami sedang melihatnya dengan teliti,” katanya lagi.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan sekatan tambahan untuk mengetatkan SOP PKP 3.0 yang akan dilaksanakan melalui dua strategi iaitu arahan bekerja dari rumah (WFH) dan mengehadkan waktu operasi perniagaan berkuat kuasa 25 Mei ini untuk Semenanjung dan Labuan.

Langkah itu bertujuan bagi mengurangkan pergerakan orang ramai dan dengan itu mencegah penyebaran COVID-19 yang lebih serius.

Zafrul ketika mengulas mengenai perkara tersebut menyatakan setiap keputusan yang akan diambil mempunyai impak yang berbeza kepada nyawa dan kesejahteraan rakyat.

“Sekiranya kawalan terlalu ketat dan ekonomi ditutup, ya… kes COVID-19 dikurangkan tetapi pada kos yang tinggi kepada rakyat, tetapi jika kawalan terlalu lemah, ia akan menyebabkan lonjakan kes COVID-19 yang kemudiannya, akan merosakkan ekonomi,” katanya.

Oleh itu, kerajaan telah mengambil pendekatan yang seimbang bagi mewujudkan situasi yang akan menguntungkan semua pihak terlibat.

“Kami membiarkan ekonomi terus berjalan tetapi dengan SOP yang diperketatkan bagi mengawal penularan COVID-19 dan pada masa yang sama, melindungi kehidupan rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Popular
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok