Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis

June 2, 2023 · Politik

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disoal siasat polis berkait Proklamasi Orang Melayu yang diasasnya.

Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali yang juga seorang peguam berkata beliau menemani bekas pengerusi Pejuang itu yang dirakam percakapan di Yayasan Albukhary sekitar jam 12.30 tengah hari tadi.

“Mahathir menyatakan beliau sedia dituduh di mahkamah dan menyatakan akan menjawab soalan-soalan di mahkamah,” katanya, lapor FMT.

Sebelum ini Mahathir berkata Proklamasi Orang Melayu dilihat mampu memberi kesedaran kepada orang Melayu tentang nasib mereka yang dilihat kehilangan kuasa di negara sendiri di mana jika penyatuan tidak dicapai, kedudukan kaum itu akan semakin terhakis.

Usahanya itu mendapat sokongan beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Penolong Setiausaha Agung, Shahir Sulaiman.

Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa yang juga bekas ahli UMNO turut menyatakan sokongan terhadap proklamasi tersebut.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Allah pilih saya urus situasi paling sukar rakyat, negara: Muhyiddin
October 31, 2022
Rundingan kerusi PH dengan UMNO-BN belum selesai, jangka minggu depan
June 30, 2023
PKR Bandar Tun Razak lapor polis fitnah isteri Anwar dalam gambar tular
October 23, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok