Tun M Tinggalkan GTA, fokus perjuang Proklamasi Orang Melayu

May 12, 2023 · Politik

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau tidak lagi menerajui partinya, Gerakan Tanah Air (GTA) selepas gabungan itu kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November lalu.

Menurutnya, beliau kini lebih selesa berjuang untuk masyarakat melalui Proklamasi Orang Melayu yang diasasnya.

“Jawatan Pengerusi GTA itu perkara lama, saya tidak ada (sebarang jawatan) lagi. GTA tidak jadi, ia tidak membantu kita (menang PRU15) kerana ia parti politik.

“Kita dapati kalau bergerak sebagai parti, kita tidak boleh menang Kita sudah lawan dalam PRU-15, GTA dan Pejuang (Parti Pejuang Tanah Air) kalah 125 kerusi.

“GTA kita tidak dapat daftar, GTA tak dapat berfungsi (sebagai parti politik) dan tidak dapat bergerak,” katanya, lapor BH.

Proklamasi yang diperjuangkannya itu kini mendapat sokongan ramai pemimpin Melayu termasuk dari PAS, Bersatu dan bekas pemimpin UMNO.

Februari lalu, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu bersama 12 ahli lain mengumumkan keluar daripada Pejuang susulan tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan GTA, namun ketika itu beliau kekal sebagai Pengerusi GTA.

Dalam pada itu, beliau berkata Proklamasi Orang Melayu dilihat mampu memberi kesedaran kepada orang Melayu tentang nasib mereka yang dilihat kehilangan kuasa di negara sendiri di mana jika penyatuan tidak dicapai, kedudukan kaum itu akan semakin terhakis.

“Proklamasi Orang Melayu adalah perjuangan bagi mengingatkan orang Melayu agar tidak leka, tidak jual tanah mereka…tuntut kembali hak mereka. Sepatutnya kita mampu berdiri tapi ramai orang Melayu masih miskin.

“Jika orang Melayu tidak sedar perkara ini dan biarkan negara dipimpin mereka yang mencuri dan merompak, orang Melayu akan terus ketinggalan,” katanya.

Berita berkaitan
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
3 jam lalu· Politik
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
6 jam lalu· Politik
Melayu muda lupa bersama Pakatan Harapan
June 1, 2023· Rencana
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
June 1, 2023· Politik
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
June 2, 2023
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
4 jam lalu · Politik
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
4 jam lalu · Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
6 jam lalu · Politik
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
6 jam lalu · Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok