PAS sokong Proklamasi Orang Melayu

May 3, 2023 · Politik

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin PAS menandatangani ‘Proklamasi Orang Melayu’ semasa mengadakan pertemuan dengan pengasasnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pendedahan dibuat di akaun Facebook Proklamasi Orang Melayu, hari ini.

“Ini kita balik kepada prinsip asal perjuangan Islam itu sendiri, kalau kita baca al-Quran kita dapati Rasul memulakan perjuangan Islam walaupun untuk seluruh manusia – tonggaknya pada bangsa dan kaumnya.

“Kerana perjuangan memerlukan tonggak bangsa baru ada kekuatan, kalau tidak tidak ada kekuatan. Bukan kita fanatik kaum, tetapi itu asas,” kata Abdul Hadi melalui klip video yang dimuatnaik.

Turut kelihatan Naib presiden PAS Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan penolong setiausaha agung Shahir Sulaiman.

Ahad lalu, Pengerusi Muafakat Nasional, Tan SriAnnuar Musa yang juga bekas ahli UMNO turut menyatakan sokongan terhadap proklamasi tersebut.

Pada 19 Mac lalu, Dr Mahathir mahu menganjurkan himpunan orang Melayu namun terpaksa dibatalkan selepas lokasi-lokasi perhimpunan tersebut dibatalkan tempahannya.

Beliau kemudiannya melancarkan kempen tersebut secara dalam talian pada hujung Mac untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu akan agenda perjuangan bangsa dan tanah air

Berita berkaitan
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
4 jam lalu· Politik
Melayu muda lupa bersama Pakatan Harapan
June 1, 2023· Rencana
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
June 1, 2023· Politik
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
June 1, 2023· Politik
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
June 2, 2023
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
June 2, 2023
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
26 minit lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
4 jam lalu · Politik
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
5 jam lalu · Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
6 jam lalu · Politik
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok