Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia

June 1, 2023 · Isu semasa

Senarai Forbes 2022 50 individu terkaya yang terbaharu dikeluarkan menyaksikan tiada seorang taikun Melayu termasuk dalam kumpulan tersebut.

Kekayaan terkumpul 50 individu terkaya Malaysia meningkat kepada AS$81.6 bilion, daripada AS$80.5 bilion tahun lepas, menurut laporan Forbes 2022.

Senarai yang dikeluarkan oleh majalah Forbes 2023 itu juga mendapati, ekonomi Malaysia dijangka tumbuh pada kadar yang lebih sederhana tahun ini, setelah meningkat 8.7 peratus pada tahun 2022 berikutan pemulihan perbelanjaan pengguna dalam negara.

Senarai lengkap boleh didapati di www.forbes.com/malaysia dan juga dalam edisi bulan Jun Forbes Asia.

Pengasas kumpulan Kuok, Tan Sri Robert Kuok yang akan berusia 100 tahun pada Oktober ini masih menduduki tempat pertama orang terkaya di Malaysia, kedudukan yang dipegangnya selama lebih suku abad dengan jumlah kekayaan AS$11.8 bilion.

Di tangga kedua, Pengerusi Syarikat Hong Leong (Malaysia), Tan Sri Quek Leng Chan meraih keuntungan tinggi dalam dolar dan menduduki tempat kedua individu terkaya Malaysia dengan kekayaan terkumpul sebanyak AS$10.2 bilion.

Secara keseluruhan, 19 kekayaan meningkat dan hampir separuh turun.

Walaupun berada dalam kategori kedua, tokoh logam, Koon Poh Keong dan adik-beradiknya kekal di tempat ketiga.

Gabungan kekayaan mereka sebanyak AS$5.8 bilion dilaporkan turun hampir 7 peratus daripada tahun lalu, sejajar dengan kejatuhan saham syarikat mereka Press Metal Aluminium Holdings Bhd.

Mengambil tempat keempat ialah Ananda Krishnan dari Maxis, yang nilai bersihnya meningkat AS$400 juta kepada AS$5.4 bilion.

Forbes berkata, antara yang mendapat untung besar dalam senarai tahun ini ialah duo bapa dan anak Yaw Teck Seng dan Chee Ming, yang mengawal syarikat kayu balak, Samling.

Kekayaan mereka meningkat lebih daripada dua kali ganda kepada AS$1.25 bilion, berdasarkan maklumat baharu tentang aset persendirian mereka.

Bekas guru matematik Chia Song Kun di kedudukan nombor 10 dengan kekayaan AS$1.8 bilion apabila syarikat makanan laut keluarganya QL Resources Bhd,mencatatkan peningkatan hampir 20 peratus dalam saham syarikat.

Forbes berkata, lima muka baharu dalam senarai tahun ini iaitu usahawan hartanah Chiau Beng Teik (No. 29, AS$665 juta), pengasas Kumpulan Chin Hin dan Yu Kuan Chon yang juga merupakan seorang doktor perubatan yang menguruskan YNH Property (No. 39, AS$430 juta),.

Kekayaan ahli bank veteran mendiang Tan Sri Teh Hong Piow yang merupakan pengasas Public Bank Bhd, yang meninggal dunia pada Disember tahun lalu, kini disenaraikan di bawah anak-anaknya, adik-beradik Teh (No. 5, AS$5.2 bilion). – Awani

Ini senarai antara 10 individu terkaya Malaysia:

1) Robert Kuok; AS$11.8 billion;

2) Tan Sri Quek Leng Chan; AS$10.2 billion;

3) Koon Poh Keong & siblings; AS$5.8 billion;

4) Ananda Krishnan; AS$5.4 billion;

5) Teh siblings; AS$5.2 billion;

6) Lee Yeow Chor & Yeow Seng; AS$4.6 billion;

7) Dr Chen Lip Keong; AS$2.8 billion;

8) Tan Sri Lim Kok Thay; AS$2.3 billion;

9) Tan Yu Yeh & Yu Wei; AS$1.9 billion;

10) Chia Song Kun; AS$1.8 billion.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
PMX ajak golongan pekerja perangi rasuah
May 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok