Perhalusi isu kalimah Allah dengan cermat, titah Sultan Johor kepada kerajaan

May 24, 2023 · Isu semasa

Kerajaan campuran dititah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya menangani isu kalimah Allah dengan cermat dan menegaskan baginda masih berpegang kepada fatwa yang mewartakan kalimah Allah adalah hak eksklusif orang Islam.

Baginda berrtitah kepada kerajaan supaya berwaspada susulan tindakan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan Arab itu.

“Kerajaan Persekutuan hendaklah memperhalusi dengan cermat dan sebaiknya kesan-kesan keputusan itu kerana ia berkait rapat dengan isu yang berada dalam sempadan agama Islam dan sentimen umat Islam negara ini,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan bahawa kerajaan menarik balik rayuan mencabar keputusan Mahkamah Tinggi pada 2021 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan agama mereka.

Mahkamah Tinggi ketika itu membuat keputusan memihak kepada permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh penganut Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill.

Dia memohon perisytiharan mahkamah bahawa hak Perlembagaannya dicabuli apabila Kementerian Dalam Negeri pada 2008 merampas cakera padat dan buku agama Kristian yang menggunakan kalimah “Allah” di bawah Seksyen 9(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Tindakan menarik balik rayuan itu mencetuskan kritikan daripada kumpulan Islam, manakala Muhyiddin berkata kerajaan sepatutnya membenarkan mahkamah menyelesaikan pertikaian itu.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan berkenaan dengan mengatakan larangan terhadap orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam bahan agama mereka kekal.

Anwar ketika berucap di Dewan Rakyat semalam menegaskan langkah untuk menarik balik rayuan itu dibuat selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, Agong bertitah bahawa sebarang keputusan mesti selaras dengan Majlis Raja-raja Melayu, yang melarang perkataan itu digunakan oleh penganut Kristian di Semenanjung, sambil memberi kelonggaran kepada mereka di Sabah dan Sarawak.

Sultan Ibrahim hari ini bertitah fatwa yang diwartakan di Johor pada 4 Jun 2009, jelas menyatakan orang bukan Islam dilarang menggunakan kalimah Allah.

“Johor juga mempunyai Enakmen Kawalan dan Sekatan Penyebaran Agama Bukan Islam 1991 yang melarang penggunaan kalimah-kalimah yang dikhususkan secara eksklusif untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kecuali dalam keadaan yang dibenarkan oleh perundangan, seperti dalam seni kata ‘Lagu Bangsa Johor’,” titah baginda.

“Peraturan, tindakan kawalan, penguatkuasaan dan penyelarasan tentang kalimah Allah mesti diperinci tanpa menjejaskan fatwa dan enakmen negeri supaya keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat majmuk kita akan terus terpelihara.”

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
8 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
8 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok