RUU Anti Lompat Parti akan dibentang pada sidang DUN Sabah: Hajiji

May 21, 2023 · Politik

Kerajaan Sabah akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selama empat hari bermula esok, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Langkah tersebut diambil selepas beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dari UMNO dan Warisan yang keluar parti untuk menyokong Hajiji sebelum ini.

Hajiji menangkis dakwaan pembangkang berkata kerajaan negeri tidak sengaja mahu menangguhkan pembentangan RUU berkenaan dengan tujuan untuk mengekang wakil rakyat negeri ini daripada menyokong pihak lain, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata RUU itu melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan Negeri, serta memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri Sabah sebelum ia boleh dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.

“Jadi, tidak benar seperti dakwaan pembangkang bahawa kita sengaja melengah-lengahkannya. Kita kena patuhi prosedur,” katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat prapersidangan mesyuarat di Menara Kinabalu hari ini.

Ketua Menteri berkata Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan Negeri memerlukan sokongan majoriti dua pertiga daripada ahli DUN sebelum dapat diluluskan.

“Saya yakin RUU itu akan mendapat sokongan penuh daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan ahli Pakatan Harapan. Saya juga menggesa wakil pembangkang menyokong RUU itu, kerana mereka juga menyokong rang undang-undang anti lompat parti diluluskan di Sabah,” katanya

RUU Pindaan Perlembagaan Negeri adalah antara empat RUU yang akan dibentangkan dalam mesyuarat pertama penggal keempat Dewan Undangan Negeri dari 22 Mei hingga 25 Mei.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Amirudin mahu dikekalkan sebagai MB Selangor
May 18, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok