150,000 permohonan status warganegara sudah diterima KDN: Saifuddin

April 5, 2023 · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini telah menerima sebanyak 150,000 permohonan untuk mendapatkan status kewarganegaraan termasuk kes kanak-kanak tanpa negara, kata Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, kementeriannya telah membuat keputusan sama ada diluluskan atau ditolak terhadap 5,700 permohonan sejak Januari lalu dengan menetapkan sasaran menyelesaikan sekurang-kurangnya 10,000 permohonan pada tahun ini, menurut laporan Bernama.

Menurutnya, antara faktor menyebabkan permohonan ditolak ialah pemohon tidak pernah tinggal di negara ini, tiada komitmen untuk tinggal di sini dan gagal memenuhi semua prasyarat keperluan dokumentasi lengkap.

“Maksudnya dalam pertimbangan permohonan isu kewarganegaraan ini, semua prasyarat keperluan dokumentasi digariskan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, bukan sebarang akta, jadi kami di KDN perlu mematuhi dengan semua syarat-syarat itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penerapan Nilai Murni dan Iftar KDN Madani di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, malam ini.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata penggodam laman sesawang rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) masih belum dikenal pasti.

“Hanya muka hadapan laman sesawang sahaja (ditukar)… Keseluruhan kandungan laman sesawang tidak terusik, kandungan lain tidak terjejas,” katanya.

Semalam, JIM mengesahkan bahawa laman sesawang rasmi agensi itu digodam oleh pihak menggelarkan dirinya sebagai ‘CaptainSmok3r’.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata serangan siber itu berbentuk ‘defacement’ dan mengakibatkan muka hadapan laman sesawang JIM ditukar kepada paparan imej lain.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023· Isu semasa
Hadi kekal MP Marang, mahkamah tolak rayuan petisyen UMNO-BN
November 15, 2023· Politik
Pindaan Perlembagaan atau pada akta lain dalam isu kewarganegaraan: Saifuddin Nasution
November 1, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
9 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
9 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok