Najib diberi pelepasan terima rawatan di HKL, kata Saifuddin

March 22, 2023 · Isu semasa

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengesahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkaitan kesihatannya.

Terdahulu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor diberikan pelepasan pasport sementara untuk ke luar negara oleh mahkamah baru-baru ini atas alasan untuk melawat anaknya di Singapura.

Beliau berkata Najib telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Penjara dan diberi pelepasan selama beberapa hari bagi tujuan itu, menurut laporan Bernama.

“Ini adalah permohonan biasa, saya telah dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Penjara bahawa beliau (Najib) dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Semalam beberapa media melaporkan Najib menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk beberapa hari selepas dipercayai mengalami jangkitan pada paru-paru.

Najib mula menjalani hukuman penjara bermula Ogos tahun lepas selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Saifuddin Nasution ketika diminta mengulas perkembangan kesihatan Najib menegaskan bahawa semua tahanan mempunyai hak untuk mendapatkan rawatan, yang akan diuruskan oleh Jabatan Penjara.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok